awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan dan Turkiye teruskan usaha tangani Islamofobia

Bernama
Bernama
13/08/2024
01:40 MYT
Pakistan dan Turkiye teruskan usaha tangani Islamofobia
Timbalan Menteri Luar Turkiye, Nuh Yilmaz dan Setiausaha Luar Pakistan, Muhammad Syrus Sajjad Qazi mengadakan rundingan di Islamabad pada Isnin. - Foto X Kementerian Luar Pakistan
NEW DELHI: Pakistan dan Turkiye akan meneruskan usaha bersama di forum pelbagai hala (multilateral) untuk memerangi Islamofobia.
Kenyataan itu dikeluarkan dalam satu kenyataan bersama pada akhir rundingan politik terbaharu kedua-dua negara, diketuai oleh Timbalan Menteri Luar Turkiye, Nuh Yilmaz dan Setiausaha Luar Pakistan, Muhammad Syrus Sajjad Qazi di Islamabad pada Isnin.
"Kedua-dua pihak bersetuju untuk meneruskan inisiatif bersama di forum multilateral dalam semua bidang yang menjadi kepentingan bersama termasuk dalam memerangi Islamofobia," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Pakistan dan Turkiye menyuarakan kebimbangan terhadap perang berterusan Israel di Gaza dan genosid terhadap rakyat Palestin.
Kedua-dua pihak juga berpuas hati dengan penglibatan mereka di pelbagai forum termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pertubuhan Kerjasama Ekonomi (ECO) dan kumpulan D-8 untuk kerjasama ekonomi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakistan
#Turkiye
#Islamofobia
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan