awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan: Doktor dijangkiti 'Crimean-Congo' meninggal dunia

Bernama
Bernama
06/11/2023
08:49 MYT
Pakistan: Doktor dijangkiti 'Crimean-Congo' meninggal dunia
Lebih sedozen doktor dan kakitangan perubatan unit rawatan rapi sebuah hospital, termasuk doktor yang meninggal dunia itu, didiagnosis dengan penyakit berkenaan. - Gambar hiasan
ISLAMABAD: Kerajaan wilayah Balochistan di barat daya Pakistan mengeluarkan amaran pada Ahad mengenai penularan demam berdarah Crimean-Congo (CCHF) selepas seorang doktor meninggal dunia, menurut kenyataan rasmi.
Ketua Menteri Balochistan Mir Ali Mardan Domki mengarahkan jabatan kesihatan dan ternakan di wilayah itu supaya mengambil tindakan segera membendung penyakit itu yang setakat ini telah meragut 16 nyawa.
Lebih sedozen doktor dan kakitangan perubatan unit rawatan rapi sebuah hospital, termasuk doktor yang meninggal dunia itu, didiagnosis dengan penyakit itu dengan tujuh pesakit yang kritikal dipindahkan ke hospital di Karachi.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, demam CCHF ialah penyakit yang merebak disebabkan oleh virus bawaan kutu daripada keluarga Bunyaviridae dan boleh berjangkit dalam kalangan manusia melalui hubungan rapat dengan darah atau cecair badan pesakit yang dijangkiti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakistan
#penyakit
#crimean-congo
#demam berdarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan