Skip to main content

Dunia

Pakistan gantung sementara operasi ketenteraan di Afghanistan

taliban pakistan
Anggota keselamatan Taliban berkawal di daerah Nangarhar, Afghanistan yang bersempadan dengan Pakistan, 13 Mac 2026. (Foto AP)

NEW DELHI: Pakistan memaklumkan pada Rabu  bahawa ia telah menggantung sementara operasi ketenteraan di dalam wilayah Afghanistan atas permintaan Arab Saudi, Qatar dan Turkiye sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang.

Gencatan senjata sementara itu bermula pada tengah malam Rabu dan akan berlarutan sehingga tengah malam Isnin, kata Menteri Penerangan Pakistan Attaullah Tarar dalam satu kenyataan.

Advertisement

Lebih 700 orang terkorban di Afghanistan dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini menerusi apa yang disifatkan oleh Pakistan sebagai kempen menentang "pengganas" dan infrastruktur sokongan mereka, yang digunakan untuk melancarkan serangan di Pakistan.

"Pakistan menawarkan langkah ini dengan niat baik dan selaras dengan norma Islam. Bagaimanapun, sekiranya berlaku sebarang serangan merentas sempadan, serangan dron atau sebarang insiden pengganas di dalam Pakistan, 'Operasi Ghazab-lil-Haq' akan disambung semula  serta-merta dengan keamatan  yang lebih tinggi," katanya.

-- BERNAMA

Must Watch Video