DUNIA
Pakistan giat selamatkan 1.6 juta orang yang terancam banjir besar
Situasi cuaca buruk menyebabkan stesen kereta api di Hyderabad ini ditenggelami air dan menyulitkAN operasi sejak beberapa hari lalu. - Gambar AP
ISLAMABAD: Pihak berkuasa Pakistan sedang bertarung dengan masa untuk menyelamatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta orang yang terancam banjir besar apabila sungai melimpah ke kawasan kampung, menurut pegawai dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Sejak akhir Jun, sungai melimpah, banjir kilat, banjir di bandar dan tanah runtuh akibat hujan monsun lebat, hujan lebat luar biasa dan limpahan tasik glasier telah meragut 928 nyawa, menurut agensi bencana PBB.
Hampir enam juta orang telah terjejas akibat banjir di wilayah Himalaya utara, kawasan pergunungan barat laut dan dataran tengah setakat ini, kata agensi itu.
Seramai 1.6 juta orang lagi berisiko dilanda banjir besar dan mungkin perlu dipindahkan atau diselamatkan, menurut Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), apabila sungai melimpah ke wilayah selatan Sindh.
"Kami telah memindahkan kira-kira 200,000 orang dari tebing sungai dan bersedia untuk menyelamatkan lebih ramai lagi," kata Ketua Menteri Sindh Murad Shah.
Pasukan penyelamat dan tentera dengan sokongan bot serta helikopter telah memindahkan lebih dua juta orang di wilayah tengah Punjab, termasuk hampir 300,000 dalam tempoh dua hari lepas, menurut agensi itu.
Sekolah ditutup dan jalan raya lengang di bandar pelabuhan Karachi pada Rabu selepas hujan lebat semalaman menyebabkan hampir seluruh bandar itu ditenggelami air.
Monsun, musim hujan lebat di rantau Asia Selatan dari Julai hingga September, semakin tidak menentu dan lebih dahsyat dalam beberapa tahun kebelakangan ini akibat perubahan iklim, meragut ribuan nyawa dan menjejaskan jutaan orang setiap tahun.
Lebih 2,000 orang maut dalam banjir besar serta wabak penyakit susulan yang melanda Pakistan pada 2022.
--BERNAMA-dpa