awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan hantar 200 tan bantuan baharu ke Gaza di tengah sekatan makanan oleh Israel

Bernama
Bernama
30/07/2025
03:10 MYT
Pakistan hantar 200 tan bantuan baharu ke Gaza di tengah sekatan makanan oleh Israel
Pakar keselamatan makanan yang disokong PBB pada Selasa berkata, dua daripada tiga ambang kebuluran telah dicapai di Gaza, iaitu penurunan mendadak dalam pengambilan makanan dan kekurangan zat makanan akut. - Gambar AP
NEW DELHI: Pakistan akan menghantar 200 tan bantuan kemanusiaan baharu ke Semenanjung Gaza ketika rejim Zionis Israel terus mengenakan sekatan makanan ke atas penduduk Palestin, satu keadaan yang disifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa sebagai "senario kebuluran terburuk abad ini."
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan, Ishaq Dar berkata, Perdana Menteri Shehbaz Sharif telah meluluskan penghantaran dua konsainan makanan dan bekalan kemanusiaan penting ke Gaza.
"Situasi makanan dari sudut kemanusiaan di Gaza amat menyayat hati dalam beberapa hari kebelakangan ini dan penduduk, khususnya wanita serta kanak-kanak meninggal dunia akibat kelaparan," kata Dar menerusi hantaran di platform X pada Selasa malam.
Dar, dalam perjalanan pulang ke Islamabad melalui Istanbul selepas menyertai sesi Majlis Keselamatan PBB, turut membincangkan situasi malapetaka di Gaza bersama Shehbaz.
"Gaza kini berada di ambang kebuluran," katanya.
"Masyarakat antarabangsa mesti bertindak segera bagi memastikan akses tanpa halangan kepada makanan dan bantuan menyelamatkan nyawa. Pakistan teguh bersolidariti menyokong rakyat Palestin," tegas Dar.
Tindakan beberapa negara menggugurkan bantuan dari udara secara sporadik di wilayah Palestin yang diduduki, yang terus diserang tentera Israel, turut dikritik sebagai "gangguan" dan "helah" untuk membolehkan rejim Zionis meneruskan pembunuhan beramai-ramai dan sekatan ke atas Gaza."
Pakar keselamatan makanan yang disokong PBB pada Selasa berkata, dua daripada tiga ambang kebuluran telah dicapai di Gaza, iaitu penurunan mendadak dalam pengambilan makanan dan kekurangan zat makanan akut.
"Ia jelas malapetaka yang berlaku di hadapan mata kita, di hadapan skrin televisyen kita," kata Pengarah Kecemasan Program Makanan Sedunia (WFP) PBB, Ross Smith, kepada media di Geneva.
"Ini bukan sekadar amaran, ini adalah seruan untuk bertindak. Keadaan ini tidak pernah kita saksikan sepanjang abad ini," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#kebuluran di Gaza
#Pakistan
#bantuan kemanusiaan
#israel serang gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami