DUNIA
Pakistan kerah tentera selepas India beri amaran 'kebarangkalian tinggi' banjir
New Delhi memberi amaran kepada Islamabad mengenai aliran deras di beberapa sungai dan kemungkinan banjir besar. - Gambar/ Reuters
ISLAMABAD: Pakistan mengerahkan tentera ke wilayah timur laut Punjab bagi membantu operasi menyelamat dan bantuan ketika wilayah itu berdepan darurat banjir akibat hujan lebat dan pelepasan air dari empangan yang melimpah di India, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
Dalam satu kenyataan, seorang jurucakap jabatan penyelamat wilayah berkata limpahan air deras di bandar Sambrial, daerah timur laut Sialkot mengakibatkan sekurang-kurangnya tujuh penduduk maut. Wilayah itu menerima hujan lebat yang memecahkan rekod taburan hujan sejak 49 tahun lalu.
New Delhi telah memberi amaran kepada Islamabad mengenai jangkaan aliran air yang deras di Sungai Sutlej, Ravi dan Chenab.
Tentera dikerahkan atas permintaan kerajaan Punjab untuk membantu pentadbiran awam memindahkan penduduk dari daerah yang berdepan banjir besar.
Menurut satu pemberitahuan rasmi, tentera telah dikerahkan di Lahore, Okara, Narowal, Faisalabad dan Sialkot, selain beberapa daerah lain.
Jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah, Mazhar Hussain berkata pihaknya meletupkan benteng di Empangan Qadirabad di Sungai Chenab apabila paras air meningkat bagi memperlahankan aliran air.
Lebih 200,000 orang telah dipindahkan dari kawasan terjejas banjir dan lebih banyak pemindahan dirancang untuk beberapa kawasan lain yang dijangka dilanda banjir besar, menurut Pengerusi Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA) Pakistan, Lt. Jen Inam Haider Malik pada taklimat media di Islamabad pada Rabu.
Banjir telah menenggelamkan kawasan rendah serta rumah, kedai dan jalan raya di Wazirabad, Sialkot dan Gujranwala.
Menurut jurucakap tentera Pakistan Lt. Jen Ahmed Sharif Chaudhry, operasi menyelamat sedang dijalankan di beberapa kawasan terjejas banjir, termasuk bandar Kartarpur berhampiran sempadan India.
Kementerian Sumber Air Pakistan memberi amaran bahawa "banjir besar" boleh melanda beberapa daerah di Punjab memandangkan paras air terus meningkat di ketiga-tiga sungai berkenaan.
Menurut Press Trust of India, New Delhi mengeluarkan amaran baharu kepada Pakistan pada Rabu "mengenai kebarangkalian tinggi berlakunya banjir di Sungai Tawi, berikutan hujan berterusan di negeri-negeri utara memaksa pelepasan air berlebihan dari empangan utama."
New Delhi pada Ahad lepas memaklumkan Islamabad mengenai situasi banjir melalui saluran diplomatik dan bukan melalui Suruhanjaya Air Indus, selepas New Delhi secara unilateral telah menggantung sementara mekanisme Perjanjian Air Indus (IWT) berikutan serangan di Kashmir yang ditadbir India yang mengorbankan 26 pelancong pada April.
NDMA memberi amaran bahawa satu lagi gelombang hujan dijangka bermula pada Jumaat di pelbagai bahagian negara.
India dan Pakistan telah dilanda hujan monsun dan banjir sejak beberapa minggu lalu, dengan hampir 500 orang terkorban di Pakistan sejak 14 Ogos, kebanyakannya lebih 400 orang di wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa, manakala lebih 800 orang telah terkorban di seluruh Pakistan sejak 26 Jun.
Menurut pihak berkuasa, ribuan penduduk juga masih terkandas di wilayah Gilgit-Baltistan sejak beberapa hari lepas, apabila hujan lebat dan banjir telah memusnahkan beberapa jalan raya di daerah Ghizer.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pakistan mengerahkan tentera ke wilayah Punjab bagi membantu operasi menyelamat dan pemindahan penduduk susulan banjir besar akibat hujan lebat dan pelepasan air dari empangan di India, dengan lebih 200,000 orang telah dipindahkan.
- Banjir telah menenggelamkan kawasan rendah di bandar seperti Sialkot, Wazirabad dan Gujranwala, manakala benteng di Empangan Qadirabad di Sungai Chenab diletupkan bagi memperlahankan aliran air yang deras.
- New Delhi memberi amaran kepada Islamabad mengenai aliran deras di beberapa sungai dan kemungkinan banjir besar, sementara NDMA Pakistan menjangkakan gelombang hujan baharu bermula Jumaat, dengan jumlah korban banjir melebihi 800 orang sejak akhir Jun.