awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan minta Google, Apple keluarkan 120 aplikasi pinjaman haram

Bernama
Bernama
17/08/2023
12:25 MYT
Pakistan minta Google, Apple keluarkan 120 aplikasi pinjaman haram
Pakistan meminta Google dan Apple supaya mengeluarkan 120 aplikasi pinjaman peribadi haram dari apps store masing-masing. - Gambar fail/Astro AWANI
ISLAMABAD: Pakistan meminta Google dan Apple supaya mengeluarkan 120 aplikasi pinjaman peribadi haram dari apps store masing-masing, menurut kenyataan rasmi pada Rabu.
Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Pakistan (SECP) berkata SECP bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Telekomunikasi Pakistan bagi memastikan Google dan Apple mengeluarkan aplikasi tersebut untuk melindungi rakyat Pakistan daripada diperdaya dan terjebak dalam perangkap hutang, lapor Xinhua.
"Fenomena aplikasi pinjaman peribadi haram muncul baru-baru ini dan mencetuskan kebimbangan mengenai pelanggaran privasi data dan amalan mendapatkan semula hutang secara paksa," menurut SECP yang telah mengetatkan rangka kerja kawal selia selain memulakan langkah praktikal berkaitan amalan tersebut bersama pihak berkuasa yang berkaitan.
Kerajaan Pakistan mula bertindak terhadap aplikasi pinjaman dalam talian itu selepas seorang penganggur yang juga bapa kepada dua anak, membunuh diri di bandar Rawalpindi pada Julai lepas akibat tekanan daripada pemberi pinjaman supaya dia membayar balik kira-kira satu juta rupee.
SECP juga telah meminta Google dan Apple hanya membenarkan aplikasi itu di apps store mereka untuk dimuat turun di Pakistan selepas mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa negara itu.
Minggu lepas, SECP memperkenal peraturan baharu untuk mengawal selia aplikasi dalam talian dengan mengehadkan jumlah pinjaman kepada 25,000 rupee daripada satu aplikasi dan 75,000 rupee daripada pelbagai aplikasi untuk tempoh maksimum 90 hari. (1 dolar US bersamaan dengan 294.8 rupee Pakistan)
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Apple
#Google
#mencetuskan kebimbangan
#pelanggaran privasi data
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan