awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan sambut Aidilfitri hari ini, Bangladesh dan India rai Khamis

Bernama
Bernama
10/04/2024
06:00 MYT
Pakistan sambut Aidilfitri hari ini, Bangladesh dan India rai Khamis
Umat Islam di Pakistan dan Sri Lanka meraikan Aidilfitri pada Rabu. - Gambar/ AP
NEW DELHI: Umat Islam di Pakistan dan Sri Lanka meraikan Aidilfitri pada Rabu manakala mereka yang berada di Bangladesh dan sebahagian besar India akan menyambut perayaan itu Khamis.
Bulan baharu Syawal, bulan ke-10 dalam takwim Islam, dilihat di Pakistan, kata pengerusi jawatankuasa melihat anak bulan di negara itu, Maulana Abdul Khabir Azad di Islamabad pada petang Selasa.
Mesyuarat Jawatankuasa Ruet-e-Hilal Pakistan menerima testimoni mengenai penampakan anak bulan dari pelbagai bahagian negara itu.
Yayasan Islam Bangladesh selepas mesyuarat jawatankuasa melihat anak bulan kebangsaan yang dipengerusikan Menteri Hal Ehwal Agama Faridul Haque Khan mengumumkan pada Selasa bahawa bulan baharu itu tidak kelihatan di negara itu, justeru sambutan Hari Raya Aidilfitri diraikan pada Khamis.
Begitu juga, Aidilfitri di kebanyakan tempat di India akan diadakan pada Khamis, tetapi umat Islam di negeri selatan Kerala akan meraikannya pada Rabu.
Maulana Khalid Rasheed Firangi Mahali, ketua jawatankuasa melihat anak bulan di bandar Lucknow di utara India, berkata dalam satu kenyataan bulan sabit tidak kelihatan pada Selasa.
Berdasarkan testimoni melihat bulan, tokoh agama di wilayah Jammu dan Kashmir mengumumkan bahawa Aidilfitri akan disambut pada Rabu.
Arab Saudi, Malaysia, Turkiye, Afghanistan, Maldives dan kebanyakan negara lain telah mengumumkan lebih awal bahawa Aidilfitri akan bermula pada Rabu.
Umat Islam menghadiri solat berjemaah khas pada waktu pagi dan kemudian keluarga dan rakan-rakan berkumpul untuk berkongsi makanan sebagai sebahagian daripada sambutan Aidilfitri selama tiga hari.
Aidilfitri menandakan kemuncak bulan Ramadan yang mulia dan permulaan Syawal.
Perayaan tahun ini dihimpit oleh penderitaan rakyat Palestin akibat pengeboman Israel yang berterusan.
Ramai pemimpin Islam dalam perutusan Aidilfitri mereka menggesa serangan Israel dihentikan serta-merta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aidilfitri 2024
#Pakistan
#India
#Sri Lanka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan