awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan, Saudi bincang situasi di Palestin dan Lubnan

Bernama
Bernama
13/10/2024
02:30 MYT
Pakistan, Saudi bincang situasi di Palestin dan Lubnan
Ishaq Dar (kiri) dan Putera Faisal berbincang mengenai situasi di Palestin dan Lubnan serta menzahirkan komitmen dan sokongan penuh terhadap rakyat kedua-dua negara.
NEW DELHI: Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Pakistan, Ishaq Dar dan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Bin Farhan pada Sabtu mengadakan perbincangan mengenai situasi yang semakin buruk di Lubnan dan Palestin ketika Israel terus memperhebatkan perang genosidnya.
Menurut laporan Agensi Berita Saudi, kedua-dua menteri turut mengkaji hubungan dua hala serta membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa.
"Mereka berbincang mengenai situasi di Palestin dan Lubnan serta menzahirkan komitmen dan sokongan penuh terhadap rakyat Palestin dan Lubnan," menurut kenyataan Kementerian Luar Pakistan.
Rejim Israel melancarkan serangan udara besar-besaran di Gaza, mengancam untuk memusnahkan keseluruhan penduduk di utara Gaza.
Pengeboman turut diperluaskan ke Lubnan, dengan tentera Israel menyasarkan pasukan pengaman PBB di sepanjang "blue line."
Tembakan pada malam Jumaat mencederakan seorang anggota pengaman, menurut Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) pada Sabtu.
Lima anggota UNIFIL dilaporkan cedera dalam tempoh dua hari lalu.
Setakat ini, rejim Zionis membunuh 42,175 rakyat Palestin dan 2,169 orang di Lubnan dalam perang genosid yang berlangsung selama setahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lubnan
#Palestin
#Arab Saudi
#Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan