[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
INTERNATIONAL

Pakistan terbuka kepada siasatan neutral serangan pengganas di Kashmir

Bernama 26/04/2025 | 08:45 MYT
Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif (foto) berkata Pakistan terbuka untuk menyertai siasatan yang neutral, telus dan boleh dipercayai. -Gambar fail/Reuters
NEW DELHI: Pakistan terbuka untuk menyertai sebarang siasatan neutral dan telus berhubung serangan pengganas yang berlaku di Jammu dan Kashmir, kata Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif pada Sabtu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Ringkasan AI
  • Pakistan terbuka untuk menyertai siasatan neutral dan telus berhubung serangan pengganas di Jammu dan Kashmir.
  • Serangan berdarah di Jammu dan Kashmir mengorbankan 26 orang termasuk seorang warga Nepal.
  • Kumpulan "Resistance Front", bersekutu dengan Lashkar-e-Taiba, mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

"Pakistan terbuka untuk menyertai siasatan yang neutral, telus dan boleh dipercayai," kata Sharif dalam satu majlis di Akademi Ketenteraan di Abbottabad.
Pada Selasa, satu serangan berdarah berlaku di Jammu dan Kashmir, mengorbankan 26 orang termasuk seorang warga Nepal.
Polis memaklumkan bahawa tiga lelaki bersenjata berpakaian celoreng melepaskan tembakan secara rambang ke arah pelancong yang menunggang kuda di Lembah Baisaran, berhampiran bandar Pahalgam.
Kumpulan "Resistance Front", yang bersekutu dengan kumpulan Lashkar-e-Taiba (diwartakan haram di Rusia), mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
-- BERNAMA
#Pakistan #Jammu dan Kashmir #Resistance Front #Lashkar-e-Taiba #Shehbaz Sharif