awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan wajibkan pengesahan biometrik di lapangan terbang

Bernama
Bernama
02/11/2024
12:48 MYT
Pakistan wajibkan pengesahan biometrik di lapangan terbang
Mesin-mesin pengesahan biometrik akan dipasang di kaunter imigresen antarabangsa di lapangan terbang untuk menambah keberkesanan. - Gambar hiasan/Facebook Islamabad International Airport
ISLAMABAD: Kerajaan Pakistan telah mewajibkan pengesahan biometrik di lapangan terbang seluruh negara sebagai langkah meningkatkan keselamatan sempadan, lapor Xinhua yang memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri.
Kementerian itu dalam satu kenyataan menyatakan bahawa pihaknya telah mengarahkan Agensi Penyiasatan Persekutuan negara pada Jumaat untuk mengambil tindakan segera berkaitan pemasangan mesin biometrik.
Mesin-mesin berkenaan akan dipasang di kaunter imigresen antarabangsa di lapangan terbang untuk memastikan pengesahan penumpang yang berkesan.
Selepas pemasangan mesin berkenaan, pengesahan biometrik akan menjadi syarat wajib bagi pengembara antarabangsa, menurut kenyataan itu.
Kementerian itu menambah bahawa langkah ini akan menjadikan pelarian dan penjenayah dikehendaki hampir mustahil untuk melakukan perjalanan di dalam atau luar negara.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Pakistan
#lapangan terbang
#biometrik
#pengesahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan