awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Palestin bantah langkah Britain haramkan Hamas

Bernama
Bernama
21/11/2021
05:37 MYT
Palestin bantah langkah Britain haramkan Hamas
"Keputusan Britain itu bertentangan dengan rakyat Palestin," menurut Kementerian Luar Palestin. - Gambar fail
RAMALLAH: Palestin pada Sabtu menolak keputusan Britain untuk menamakan pergerakan Hamas sebagai kumpulan pengganas, menyifatkannya sebagai satu tindakan tidak wajar terhadap rakyat Palestin, lapor agensi berita Xinhua.
"Keputusan Britain itu bertentangan dengan rakyat Palestin," menurut Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan akhbar.
Ia juga dilihat seakan London akur kepada tekanan Israel sekali gus akan menghalang usaha mencapai keamanan serta memulakan pembinaan semula di Semenanjung Gaza.
Setiausaha Dalam Negeri Britain Priti Patel berkata pada Jumaat, beliau telah mengharamkan "Hamas secara keseluruhan termasuk sayap politiknya".
Pengharaman itu yang sepatutnya diluluskan Parlimen, akan menjadikan satu kesalahan untuk menjadi anggota atau menyokong Hamas di Britain.
Briged al-Qassam telah dikategorikan sebagai kumpulan pengganas oleh Britain sejak 2001.
Hamas, yang ditubuhkan pada 1987, telah mentadbir Semenanjung Gaza sejak mengambil alih kawasan itu pada 2007.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hamas
#Palestin
#Britain
#pengganas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan