awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Palestin gesa Eropah pastikan Israel patuhi undang-undang antarabangsa

Bernama
Bernama
03/10/2022
04:30 MYT
Palestin gesa Eropah pastikan Israel patuhi undang-undang antarabangsa
Sejak awal Januari, lebih 100 rakyat Palestin dibunuh tentera Israel di Tebing Barat, menurut angka rasmi Palestin. - Foto fail/EPA
RAMALLAH: Palestin pada Ahad menggesa komuniti antarabangsa memastikan Israel bertanggungjawab secara langsung terhadap peningkatan keganasan ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat.
Selain itu komuniti antarabangsa juga digesa memberi tekanan hebat yang sebenarnya ke atas rejim untuk menghentikan segera semua kekerasan terhadap rakyat Palestin.
Palestin juga mahu negara-negara Eropah memastikan Israel mematuhi undang-undang antarabangsa, resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan prinsip hak asasi manusia, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan Kementerian Luar Palestin, Israel masih tidak berganjak dengan perbuatannya dan Palestin memandang serius perkara ini kerana ia dilihat hanya memenuhi kepentingan Israel.
Gesaan itu dibuat menjelang mesyuarat ke-12 Majlis Persatuan Kesatuan Eropah-Israel, yang bakal berlangsung di Brussels. Mesyuarat itu antara lain akan membincangkan mengenai topik perdagangan, tenaga, perubahan iklim, budaya, sains dan teknologi.
Pertemuan itu berlangsung di tengah-tengah ketegangan yang berterusan antara tentera Israel dan rakyat Palestin di Tebing Barat.
Sejak awal Januari, lebih 100 rakyat Palestin dibunuh tentera Israel di Tebing Barat, menurut angka rasmi Palestin. Sementara itu, 18 warga Israel terbunuh dalam serangan yang dilakukan penduduk Palestin di bandar-bandar Israel sejak Mac.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#Israel
#eropah
#undang-undang antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan