awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saya ingin tahu Akmal nak serang siapa - Ahmad Zahid
SPRM mahu DPA dibawa ke Parlimen segera, perkukuh usaha jejak aset jenayah
Dr Akmal letak jawatan bukan tekanan kepada UMNO - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Palestin kecam ancaman Ben-Gvir terhadap Marwan Barghouti, dakwa provokasi terancang

Astro Awani
Astro Awani
15/08/2025
10:50 MYT
Palestin kecam ancaman Ben-Gvir terhadap Marwan Barghouti, dakwa provokasi terancang
Rakaman video yang disiarkan media Israel menunjukkan Ben-Gvir memasuki penjara Barghouti dan mengeluarkan kata-kata berbaur ancaman terhadap Marwan. -Foto X
RAMALLAH: Pihak berkuasa Palestin hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir, yang didakwa mengancam pemimpin Fatah, Marwan Barghouti, dalam lawatan ke penjara Ganot di tengah Israel.

Ringkasan AI
  • Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, didakwa mengancam pemimpin Fatah yang dipenjara, Marwan Barghouti, dalam lawatan ke penjara Ganot, mencetuskan kecaman keras dari pihak berkuasa Palestin.
  • Palestin menyifatkan tindakan itu sebagai provokasi dan keganasan negara, serta berikrar membawa isu tersebut ke perhatian badan antarabangsa termasuk Palang Merah.
  • Marwan Barghouti, tokoh popular yang dianggap berpotensi menggantikan Presiden Mahmoud Abbas, telah dipenjara sejak 2002 dan kini ditempatkan dalam tahanan bersendirian sejak Oktober 2023.

Rakaman video yang disiarkan media Israel menunjukkan Ben-Gvir memasuki penjara Barghouti dan mengeluarkan kata-kata berbaur ancaman terhadap Marwan.
“Kamu tidak akan menang.
"Sesiapa yang mengganggu bangsa Israel, sesiapa yang membunuh anak-anak dan wanita kami — kami akan hapuskan mereka,” kata Ben-Gvir yang dipetik dalam video tersebut.
Kenyataan berkenaan turut menambah bahawa ancaman seperti itu telah berlaku sepanjang sejarah.
Prisoner leader Marwan Barghouti is enduring extremely harsh humanitarian conditions in his solitary confinement cell, having lost more than half his weight due to deliberate medical neglect and mistreatment. At the same time, extremist Israeli Security Minister Itamar Ben Gvir
— (@PalPrisonersA) August 14, 2025
Kementerian Luar Negeri Palestin menyifatkan tindakan Ben-Gvir sebagai provokasi luar biasa dan keganasan terancang.
Tindakan itu turut didakwa sebagai sebahagian daripada siri jenayah terhadap tahanan Palestin termasuk penghapusan etnik dan pengusiran paksa.
Pihak berkuasa Palestin berikrar akan membawa isu ini ke perhatian Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa dan badan antarabangsa lain.
Marwan Barghouti, 66, telah dipenjara sejak 2002 atas tuduhan merancang serangan semasa Intifada Kedua dan dijatuhi hukuman lima kali penjara seumur hidup serta tambahan 40 tahun.
Beliau telah ditempatkan dalam tahanan bersendirian sejak Oktober 2023, selepas konflik Gaza tercetus.
Keluarga dan kumpulan hak asasi manusia mendakwa beliau mengalami penyeksaan dan pengabaian perubatan, namun dakwaan itu dinafikan oleh Perkhidmatan Penjara Israel.
Isteri Marwan, Fadwa, dalam kenyataan di media sosial menyatakan bahawa suaminya masih diburu walaupun berada dalam tahanan.
“Semangat dan tekad kamu tetap bebas, walau tangan kamu dirantai,” kata Fadwa.
Lawatan Ben-Gvir itu turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat antarabangsa, memandangkan Barghouti dianggap sebagai tokoh popular dan berpotensi menggantikan Presiden Palestin Mahmoud Abbas.
Usaha untuk membebaskan beliau melalui rundingan tebusan sebelum ini telah ditolak oleh Israel.
Topic Berkaitan
#Itamar Ben-Gvir
#Marwan Barghouti
#ancam pemimpin Fatah
#penjara Ganot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan