[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
DUNIA

Palestin lapor 5 kes baharu varian Omicron

Bernama 25/12/2021 | 14:09 MYT
Jumlah keseluruhan kes varian Omicron di wilayah Palestin setakat ini adalah sebanyak 23. - Gambar/ Bernama
RAMALLAH (Palestin): Palestin merekodkan lima kes baharu COVID-19 varian Omicron pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.
Dalam satu kenyataan, jurucakap kementerian Kamal Al-Shakhra, berkata jangkitan baharu itu dilaporkan di Tebing Barat yang diduduki.
Beliau berkata jumlah keseluruhan kes varian Omicron di wilayah Palestin setakat ini adalah sebanyak 23.
Pihak berkuasa kesihatan Palestin melaporkan tiga kes pertama varian baharu pada 23 Dis.
-- BERNAMA
#Palestin #Omicron #varian baharu #COVID-19