Palestin lenyap daripada Google Maps?

Agensi
Julai 18, 2020 22:58 MYT
Paparan di Google Maps yang tidak kelihatan nama Palestin yang menjadi pertikaian kalangan netizen. - Gambar Twitter
SYARIKAT teknologi terkemuka Google menjadi sasaran netizen apabila ia didakwa memadam nama "Palestin" dalam aplikasi Google Maps milik syarikat tersebut.
Pengguna media sosial menangkap layar paparan di Google Maps yang secara jelas tidak memaparkan nama Palestin, sebaliknya hanya tertera Jerusalem (Baitulmaqdis) dan Gaza, lapor Arab News.
Mereka turut mempertikaikan tindakan syarikat itu mengekalkan nama negara yang sejak puluhan tahun ‘menjarah’ tanah Palestin iaitu Israel.
Status yang tular itu mendakwa negara Palestin bukan sahaja ‘dilenyapkan’ di Google Maps, malah di Apple Maps.
Begitupun, pada tahun 2016, ketika pengguna media sosial membangkitkan perkara sama, seorang jurucakap dari Google berkata: “Nama Palestin memang tidak pernah ada dalam Google Maps.”

We do not need Google to know the location of Palestine, it is our heart# pic.twitter.com/aTBVYIPZyh

— Eslam (@Eslam250903413) July 18, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, status awal yang mencetus kepada penularan berita itu juga kini telah dikemas kini dan menyatakan maklumat dikongsikan pada awalnya adalah maklumat palsu, menggunakan alasan sama: Palestin tidak pernah ada dalam Google Maps.
Meskipun sudah dikemas kini, namun ia tidak menghalang pengguna media sosial menularkan kehilangan Palestin dan mendesak Google Maps memasukkan semula negara berkenaan dalam aplikasi petanya.

Shame on you Google ! How dare you to support Israil and erase #Palestine from Googlemaps!#FreePalestine Previous map New map pic.twitter.com/uBiwEQuT46

— Hassan Sheikh (@hassan_sheikh4) July 16, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Palestin diiktiraf oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan 136 anggotanya sebagai negara merdeka, tetapi tidak di Amerika Syarikat di mana terletaknya ibu pejabat Apple dan Google.
‘Penghapusan’ itu secara kebetulan berlaku selepas Presiden Israel, Benjamin Netanyahu berjanji untuk merampas beberapa wilayah di Tebing Barat.
Ancaman tersebut telah mencetuskan kritikan global dengan banyak negara menyebutnya sebagai 'pelanggaran hak asasi manusia'.
#2016 #Amerika Syarikat #Apple #Benjamin Netanyahu #Gaza #Google #Israel #Jordan #Media #media sosial #Merdeka #PBB #presiden