awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SpaceX pertimbang bergabung dengan Tesla - Laporan
Petronas mahu kekalkan pengeluaran domestik dua juta tong minyak sehari dalam tiga tahun akan datang
Trump dakwa Putin setuju henti serangan ke atas Kyiv selama seminggu ketika cuaca terlalu ekstrem
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Palestin mahu komunikasi lebih baik dengan AS mengenai pelan Gaza

Bernama
Bernama
29/01/2026
22:50 MYT
Palestin mahu komunikasi lebih baik dengan AS mengenai pelan Gaza
"Kami memerlukan orang bercakap dengan kami," kata Menteri Luar Palestin, Varsen Aghabekian Shahin semasa lawatan ke India. - Gambar fail
NEW DELHI: Palestin mahukan komunikasi langsung yang lebih baik dengan pentadbiran Donald Trump ketika Amerika Syarikat (AS) menerajui inisiatif Lembaga Keamanan untuk ketenangan dan pembinaan semula di Semenanjung Gaza yang musnah akibat serangan Israel.
Memandangkan isu ini melibatkan rakyat Palestin, "kami memerlukan orang bercakap dengan kami", kata Menteri Luar Palestin, Varsen Aghabekian Shahin semasa lawatan ke India.
"Terdapat komunikasi dengan AS, khususnya dengan Naib Presiden kami (Hussein Al Sheikh). Sudah tentu, tidak pada tahap yang diperlukan kerana hari ini kami mahukan komunikasi penuh," katanya kepada pemberita di Kedutaan Palestin di New Delhi pada Khamis.
Presiden AS, Donald Trump menandatangani piagam lembaga itu pada 22 Jan di Forum Ekonomi Dunia di Davos dengan kehadiran pemimpin dari beberapa negara yang telah menyertai skim tersebut.
Banyak sekutu rapat AS, termasuk negara Eropah, telah menolak jemputan untuk menjadi sebahagian daripada lembaga itu, manakala negara Islam yang berpengaruh seperti Arab Saudi, Qatar, Pakistan, Mesir, Jordan, Turkiye dan Indonesia telah menyertainya.
Pihak Berkuasa Palestin mengalu-alukan idea itu seperti yang termaktub dalam Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2803 yang diterima pakai pada November tahun lepas untuk menamatkan pembantaian di Gaza.
Ia berfungsi sebagai pentadbiran peralihan, menyelaraskan pembiayaan untuk pembangunan semula Gaza dan membantu mewujudkan keadaan bagi laluan yang kredibel ke arah penentuan nasib sendiri dan kenegaraan Palestin.
Menteri Luar Palestin itu menekankan keadaan hidup yang menyedihkan di Gaza. Israel telah membunuh lebih 71,600 orang dan mencederakan 171,000 orang sejak Oktober 2023, menurut angka rasmi Palestin.
Shahin berkata, 10,000 hingga 20,000 orang hilang di Gaza dan mereka mungkin tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang dibom atau ditahan di kem tahanan Israel.
Israel juga telah menyebabkan sejumlah besar "kematian tidak langsung" dengan menyekat akses kepada makanan dan ubat-ubatan untuk rakyat Palestin di Gaza yang penduduknya berjumlah 2.3 juta orang sebelum pembunuhan beramai-ramai bermula.
Selain melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, tentera Israel dan pendatang haram terus mencetuskan huru-hara di Tebing Barat yang diduduki dalam kempen yang menggabungkan pembersihan etnik, pembakaran rumah dan harta benda penduduk asli, pencerobohan tanah, dan keganasan yang tidak terkawal.
"Tebing Barat sangat tidak stabil," kata Menteri Luar Palestin itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#komunikasi
#Amerika Syarikat
#pelan Gaza
#Lembaga Keamanan
#nasib rakyat Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan