awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Palestin minta siasatan antarabangsa berhubung pembunuhan seorang gadis oleh Israel

Bernama
Bernama
13/12/2022
05:28 MYT
Palestin minta siasatan antarabangsa berhubung pembunuhan seorang gadis oleh Israel
Jenazah Jana Zakarneh diusung untuk upacara pengebumian, di Jenin, Tebing Barat, 12 Dis 2022. REUTERS
RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh pada Isnin menggesa siasatan antarabangsa dijalankan berhubung pembunuhan seorang gadis Palestin di Tebing Barat.
Jana Zakarneh, 16, meninggal dunia pada Ahad selepas ditembak tentera Israel ketika melakukan serbuan di bandar Jenin, Tebing Barat, lapor Agensi Anadolu.
Shtayyeh menyifatkan pembunuhan gadis itu sebagai "satu lagi jenayah ngeri yang dilakukan Israel terhadap kanak-kanak."
Beliau menggesa Perwakilan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Kanak-kanak dan Konflik Bersenjata Virginia Gamba "untuk menyiasat perbuatan jenayah terhadap kanak-kanak dan Israel diletakkan dalam senarai 'list of shame' PBB."
Gamba kini sedang dalam lawatan rasmi ke wilayah Palestin.
Kementerian Luar Palestin, meminta Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas serbuan yang menyebabkan kematian gadis itu.
Kementerian itu menyeru Amerika Syarikat dan masyarakat antarabangsa " memaksa Israel menghentikan perbuatan jenayah yang berterusan."
Sementara itu, tentera Israel mendakwa bahawa pihaknya "secara tidak sengaja" menembak gadis Palestin itu.
Tentera Israel menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya kini sedang "menjalankan siasatan berhubung insiden pembunuhan Jana Zakarneh, ketika dia berada di atas bumbung rumahnya."
Tentera Israel kerap melakukan serbuan di seluruh Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur dengan alasan menjejaki warga Palestin yang "dikehendaki".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gadis Palestin ditembak
#tentera Israel
#PBB
#Jana Zakarneh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan