DUNIA
Palestin sambut baik pengiktirafan negara oleh UK, Kanada, Australia
Palestin menyambut baik pengiktirafan rasmi kenegaraan oleh United Kingdom, Kanada dan Australia dengan menyatakan yang langkah itu akan melindungi penyelesaian dua negara dan membantu mewujudkan keamanan. - Gambar fail Reuters
ISTANBUL: Palestin menyambut baik pada Ahad pengiktirafan rasmi kenegaraan oleh United Kingdom (UK), Kanada dan Australia menjelang sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dengan menyatakan yang langkah itu akan melindungi penyelesaian dua negara dan membantu mewujudkan keamanan, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Palestin merakamkan penghargaan kepada ketiga-tiga negara atas "keputusan berani" mereka untuk secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin, yang disifatkan sebagai selaras dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi sah PBB.
Kementerian itu menyifatkan, pengiktirafan itu sebagai "pengiktirafan terhadap hak yang adil dan sah rakyat Palestin," serta satu usaha untuk melindungi penyelesaian dua negara daripada jenayah berterusan seperti genosid, kebuluran, pengusiran dan aneksasi yang dilakukan oleh Israel.
Terdahulu, dalam satu kenyataan video pada Ahad, Perdana Menteri UK, Keir Starmer mengumumkan yang negaranya kini menyertai lebih daripada 150 negara lain yang secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin, menjelang Perhimpunan Agung PBB.
"Dalam menghadapi kengerian yang semakin memuncak di Asia Barat, kami bertindak untuk mengekalkan peluang kepada keamanan dan penyelesaian dua negara," kata Starmer.
Beliau menegaskan yang "detik untuk mengiktiraf kenegaraan Palestin telah pun tiba."
"Jadi hari ini, bagi menghidupkan semula harapan kepada keamanan dan penyelesaian dua negara, saya nyatakan dengan jelas, sebagai Perdana Menteri negara ini, United Kingdom secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin," katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri Kanada, Mark Carney turut mengumumkan yang negaranya mengiktiraf secara rasmi kenegaraan Palestin, serta berikrar untuk bekerjasama membina keamanan antara Palestin dan Israel.
"Kanada mengiktiraf Negara Palestin dan menawarkan kerjasama dalam membina masa depan yang damai bagi Negara Palestin dan Negara Israel," tulisnya di platform X.
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, turut berkongsi kenyataan di X bahawa:
"Bermula hari ini, Ahad, 21 September 2025, Komanwel Australia secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat."
Beliau berkata langkah itu menunjukkan pengiktirafan terhadap aspirasi rakyat Palestin yang sah dan telah lama diperjuangkan untuk memiliki negara mereka sendiri.
Menurut Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), Kementerian Luar Palestin menyatakan yang keputusan itu turut memberi dorongan tambahan kepada usaha serantau dan antarabangsa, yang kini dipimpin oleh Arab Saudi dan Perancis, untuk melaksanakan "Deklarasi New York" mencapai penghentian segera permusuhan, menyelesaikan konflik melalui cara politik dan rundingan, serta mengembalikan penghormatan kepada undang-undang dan kesahan antarabangsa dalam mencari kedamaian, bukannya "keangkuhan kekerasan."
Kementerian itu turut menggesa negara yang belum mengiktiraf Negara Palestin, khususnya Amerika Syarikat agar mengambil inisiatif untuk berbuat demikian, mematuhi undang-undang antarabangsa serta Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Mereka menyeru negara berkenan untuk berdiri di sisi yang benar dalam sejarah, bagi menamatkan kezaliman terhadap rakyat Palestin dan membolehkan mereka menikmati hak menentukan nasib sendiri, seperti yang dinikmati oleh rakyat negara lain di dunia.
--BERNAMA-ANADOLU/WAFA