awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Palestin serah peluru sebabkan kematian wartawan Al Jazeera kepada AS

Bernama
Bernama
03/07/2022
07:19 MYT
Palestin serah peluru sebabkan kematian wartawan Al Jazeera kepada AS
Palestin mendakwa hasil siasatan pada Mei, mendapati Shireen ditembak dengan "sengaja" oleh penembak tepat. - REUTERS
RAMALLAH: Peguam Negara Palestin Akram Al-Khatib pada Sabtu mendedahkan peluru yang menyebabkan kematian wartawan veteran Palestin-Amerika Shireen Abu Akleh pada Mei telah diserahkan kepada Amerika Syarikat, lapor Xinhua.
Peluru itu tidak akan diserahkan kepada pihak berkuasa Israel sebaliknya diserahkan kepada Amerika Syarikat untuk diperiksa, kata Al-Khatib kepada Agensi Berita Palestin WAFA.
Palestin mendakwa hasil siasatan pada Mei, mendapati Shireen ditembak dengan "sengaja" oleh penembak tepat namun dinafikan Israel yang menyifatkannya sebagai "pembohongan secara terang-terangan."
Israel telah meminta Palestin menyerahkan peluru itu untuk siasatan bersama, tetapi permintaan itu ditolak.
"Kami bersetuju membenarkan pasukan pakar khas AS menjalankan pemeriksaan teknikal ke atas peluru itu dan bukti telah diserahkan kepada pasukan yang baru tiba di negara ini.
"Pemeriksaan itu akan dijalankan di kedutaan AS di Baitulmaqdis, kata Al-Khatib.
Abu Akleh, 51, yang bertugas sebagai wartawan Al Jazeera dilahirkan di Baitulmaqdis, terbunuh akibat terkena peluru hidup di kepala pada 11 Mei ketika bertugas melaporkan pencerobohan tentera Israel di kem pelarian Jenin di utara Tebing Barat.
Antarabangsa | Wartawan Al Jazeera maut ditembak tentera Israel
Insiden itu menerima kecaman hebat antarabangsa.
Pada Jun, Menteri Luar Palestin Riyad al-Maliki bertemu Pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa Karim Khan di The Hague untuk menyerahkan hasil siasatan mengenai kematian Abu Akleh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wartawan al jazeera
#Palestin
#Shireen Abu Akleh
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan