Ejen perisikan dari pelbagai negara, termasuk yang menjadi ‘orang tengah’ kepada CIA, telah menggunakan khirmat firma perundangan Panama, Mossack Fonseca untuk ‘melindungi’ aktiviti mereka, lapor akhbar Jerman, Sueddeutsche Zeitung pada Selasa.
“Ejen rahsia dan pemberi maklumat mereka telah secara berleluasa menggunakan perkhidmatan firma itu,” lapor akhbar itu mengenai 11.5 juta dokumen yang telah bocor hingga menggemparkan dunia.
Tambah akhbar itu lagi, seperti yang dilaporkan AFP, ‘ejen perisik telah menggunakan syarikat yang tidak lagi aktif untuk menyembunyikan aktiviti mereka. Antaranya adalah pihak yang mempunyai kaitan dengan CIA’.
Akhbar yang berpangkalan di Munich itu menyatakan bahawa pelanggan Mossack Fonseca adalah termasuk beberapa ‘pemain’ dalam skandal Iran-Contra 1980-an, yang menyaksikan pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) mengendalikan jualan senjata kepada Iran dalam usaha membebaskan tebusan Amerika dan menaja pemberontak Contra Nicaragua.
Panama Papers juga mendedahkan ‘bekas pegawai tinggi dan pegawai semasa bagi pasukan perisik dari sekurang-kurangnya tiga negara iaitu Arab Saudi, Colombia dan Rwanda, tersenarai sebagai pelanggan Mossack Fonseca.
Antaranya ialah Sheikh Kamal Adham, bekas ketua perisikan Arab Saudi yang meninggal dunia pada 1999. Pada 1970-an, Sheikh Kamal bertindak sebagai salah seorang orang tengah penting bagi CIA, lapor akhbar itu.
Sueddeutsche Zeitung telah menerima banyak maklumat dari dokumen Mossack Fonseca, yang disampaikan oleh sumber yang tidak diketahui. Ia seterusnya telah dikongsi oleh lebih 100 kumpulan media melalui Konsortium Antarabangsa Wartawan Siasatan (ICIJ).
Seminggu selepas pendedahan pertama, dokumen-dokumen itu telah membongkar identiti golongan kaya dan berkuasa dari seluruh dunia yang menggunakan syarikat luar pesisir untuk menyimpan aset mereka.
BACA: Panama Papers: Singapura, Indonesia akan jalankan siasatan
BACA: Firma Mossack Fonseca dakwa sistemnya 'digodam dari luar negara'
BACA: Panama Papers: Barcelona janji bantu Lionel Messi
BACA: Panama Papers: 21 nama rakyat Thailand tersenarai, 16 sudah disahkan
BACA: Giliran PM Britain, David Cameron akan letak jawatan?
Agensi
Tue Apr 12 2016
Ejen rahsia telah menggunakan syarikat yang tidak lagi aktif untuk menyembunyikan aktiviti mereka. - Gambar fail
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Panama Papers: Kumpulan perisik dunia menyamar jadi pelanggan Mossack Fonseca
Ejen rahsia dan pemberi maklumat mereka telah secara berleluasa menggunakan perkhidmatan firma perundangan Panama itu untuk memperoleh data.