Pandemik COVID-19 bukan bermusim, tapi satu gelombang besar - WHO

Astro Awani
Julai 28, 2020 22:16 MYT
WHO menggambarkan pandemik COVID-19 sebagai satu gelombang besar dan bukan bermusim. -Gambar fail
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggambarkan pandemik COVID-19 sebagai satu gelombang besar dan bukan bermusim.
Ia beri amaran berhubung pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) bagi menghentikan penularan.
Pegawai WHO beri amaran dunia ketika ini berada di peringkat pertama gelombang.
Badan dunia itu menyifatkan akan berlaku turun naik jangkitan pandemik COVID-19.
WHO juga mendesak semua pihak mengelak perhimpunan besar-besaran dan melaksanakan amalan norma baharu.
Ia turut melaksanakan pemantauan rapat berhubung kes infuenza yang lazimnya meningkat ketika musim panas.
#COVID-19 #koronavirus #pandemik #pematuhan ketat #peringkat pertama gelombang #Pertubuhan Kesihatan Sedunia #WHO