Pangsapuri runtuh: Empat lagi mangsa korban ditemui

Astro Awani
Julai 1, 2021 01:53 MYT
Proses mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan pada hari ketujuh. - Foto fail/AP
FLORIDA: Empat lagi mangsa korban insiden kondominium runtuh di Florida, Amerika Syarikat Khamis lalu ditemui.
Ia menjadikan jumlah mangsa korban yang ditemui adalah sebanyak 16 mangsa.
Menurut Datuk Bandar Miami-Dade, Daniella Levine Cava, empat mayat itu ditemui di bawah runtuhan pada Selasa malam waktu tempatan.
Bagaimanapun, proses pengecaman mayat masih dijalankan.
Proses mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan pada hari ketujuh dengan pasukan keselamatan turut menemui bahagian badan mangsa.
Pihak berkuasa Florida turut memohon agar anggota pasukan ditambah bagi meneruskan operasi tersebut.
#pangsapuri #runtuh #korban #mayat #mangsa #Florida #Miami