Papan litar komputer ciptaan Steve Jobs dilelong RM1.89 juta

Sinar Harian
Ogos 7, 2021 00:14 MYT
Sebuah papan litar komputer yang dicipta oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak pada tahun 1976 mahu dilelong pada harga RM1.89 juta. - Foto RR Auction BNPS
WASHINGTON: Sebuah papan litar komputer asli dikenali sebagai Apple-1 yang dihasilkan oleh pengasas syarikat Apple, Stebe Jobs dan kakitangannya, Steve Wozniak pada tahun 1976 mahu dilelong pada pada harga AS$450,000 (RM1.89 juta).
Pakej lelongan itu termasuk buku panduan pengguna asli selain pita kaset Panasonic dan para pembina boleh membida harga bermula pada 12 Ogos ini menerusi RR Auction Bosyon di Amerika Syarikat (AS).
Ia merupakan salah satu daripada 200 litar komputer yang dihasilkan oleh pengasas Apple pada tahun 1976.
Sehingga kini terdapat 70 litar tersebut dan kurang daripada 10 yang masih berfungsi.
Litar komputer Apple-1 yang mahu dilelong itu adalah milik rakan Wozniak yang juga perintis komputer iaitu Roger Wagner.
Ketika itu, tiada ada sebuah lagu pun boleh disimpan dengan mengggunakan litar komputer tersebut.
Bidaan harga akan berakhir pada 19 Ogos ini.
Kini selepas 44 tahun, syarikat Apple dianggarkan bernilai AS$2.09 trilion (RM8.82 trilion). - Agensi
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
#papan litar #Steve Jobs #Steve Wozniak #Appe-1