DUNIA
Paracetamol selamat digunakan ketika hamil, tolak dakwaan risiko autisme - Pihak berkuasa Australia
TGA berkata paracetamol diklasifikasikan sebagai Kategori A untuk Kehamilan di Australia, bermakna ia dianggap selamat digunakan ketika hamil. - Gambar hiasan/Reuters
CANBERRA: Pihak berkuasa Australia pada Selasa menyatakan bahawa paracetamol kekal selamat digunakan semasa kehamilan, menolak dakwaan terbaru dari Amerika Syarikat yang mengaitkan ubat tahan sakit itu dengan peningkatan risiko autisme, lapor Xinhua memetik siaran Australian Broadcasting Corporation (ABC).
Ringkasan AI
Pentadbiran Barangan Terapi (TGA), iaitu pihak berkuasa kawal selia ubat-ubatan dan produk terapeutik Australia dalam satu kenyataan memaklumkqn bahawa pihaknya tidak menjalankan sebarang siasatan keselamatan aktif mengenai paracetamol dan autisme, atau paracetamol serta gangguan perkembangan saraf secara lebih meluas.
TGA berkata paracetamol diklasifikasikan sebagai Kategori A untuk Kehamilan di Australia, bermakna ia dianggap selamat digunakan ketika hamil.
"Penggunaan ubat-ubatan semasa kehamilan tertakluk kepada penilaian klinikal, saintifik dan toksikologi ketika pendaftaran ubat dibuat di Australia," kata TGA.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Isnin mendakwa bahawa paracetamol, yang juga dikenali sebagai acetaminophen dan biasanya dijual dengan jenama Tylenol di AS, meningkatkan risiko autisme dalam kalangan bayi apabila digunakan oleh wanita hamil.
Mengulas dakwaan itu, Persatuan Perubatan Australia (AMA) menasihati rakyat Australia supaya mendapatkan nasihat perubatan daripada doktor dan pegawai kesihatan.
"Sudah tentu, seperti semua ubat-ubatan, kita cuba menggunakannya seminimum mungkin ketika hamil, tetapi bagi kesakitan dan demam semasa kehamilan, nasihat di Australia masih menyatakan bahawa paracetamol adalah pilihan yang munasabah dan selamat untuk digunakan oleh wanita hamil," kata Presiden AMA Danielle McMullen seperti dipetik ABC.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pihak berkuasa Australia (TGA) menolak dakwaan bahawa paracetamol meningkatkan risiko autisme. Ubat ini kekal diklasifikasikan sebagai Kategori A untuk kehamilan, bermakna ia dianggap selamat digunakan ketika hamil, selagi mengikut dos yang disyorkan.
- Presiden AS Donald Trump mendakwa paracetamol (Tylenol) adalah -faktor besar- dalam peningkatan kes autisme dan menasihatkan wanita hamil mengelak penggunaannya kecuali untuk demam tinggi. Beliau turut mencadangkan leucovorin sebagai rawatan autisme, walaupun dakwaan ini tidak disokong bukti kukuh.
- Kajian besar-besaran di Sweden dan Jepun menunjukkan tiada bukti kukuh bahawa paracetamol semasa kehamilan menyebabkan autisme. Sebarang kaitan yang dilaporkan sebelum ini dianggap sangat kecil dan berkemungkinan dipengaruhi faktor lain seperti genetik atau kesihatan ibu