Paradise Papers dedah skandal cukai golongan atasan, pemimpin negara

Agensi
November 6, 2017 02:46 MYT
Pendedahan itu, yang dinamakan Paradise Papers mengandungi dokumen dari sebuah firma kewangan pesisir pantai. - Gambar hiasan
Selepas pendedahan skandal Panama Papers, satu lagi skandal mengelak cukai melibatkan golongan atasan di United Kingdom didedahkan media negara berkenaan.
Pendedahan itu, yang dinamakan Paradise Papers mengandungi dokumen dari sebuah firma kewangan pesisir pantai.
Antara yang disebut dalam dokumen itu adalah Setiausaha Perdagangan Kabinet presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Wilbur Ross yang didakwa mempunyai kepentingan dalam firma Rusia yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat.
Turut disebut dalam pendedahan itu adalah pembantu utama perdana menteri Kanada, Justin Trudeau yang dikaitkan dengan skim luar pesisir yang melibatkan kerugian cukai jutaan dolar kepada negara itu.
Di rantau Asia, turut disebut dalam skandal itu adalah anak bekas presiden Indonesia, Suharto, Tommy Suharto dan bekas jeneral Tentera Republik Indonesia, Prabowo.
#Amerika Syarikat #Asia #cukai #Donald Trump #Indonesia #Media #menteri #presiden #Rusia #United Kingdom