DUNIA
Parlimen gagal capai kesepakatan, Perancis berdepan ketidakpastian belanjawan
Lecornu membuat isyarat tangan ketika bercakap dalam sesi soal jawab bersama kerajaan di Dewan Negara, Paris, Perancis. - Foto REUTERS
PARIS: Jawatankuasa bersama Ahli Parlimen Perancis daripada Perhimpunan Kebangsaan dan Senat gagal mencapai kompromi mengenai Belanjawan 2026 negara itu pada Jumaat, lapor Xinhua.
Perhimpunan Kebangsaan menerusi platform media sosial X memaklumkan kegagalan itu sekali gus menonjolkan perpecahan mendalam yang menyebabkan Perancis menamatkan tahun ini tanpa belanjawan negara.
"Selaras dengan tempoh masa yang ditetapkan oleh Perlembagaan dan undang-undang organik, parlimen tidak akan dapat mengundi belanjawan untuk Perancis sebelum akhir tahun ini," kata Perdana Menteri Perancis Sebastien Lecornu melalui akaun X miliknya.
Lecornu berkata beliau akan memanggil pemimpin politik utama untuk membincangkan langkah-langkah melindungi rakyat Perancis dan meneroka syarat-syarat bagi penyelesaian yang berpotensi.
Beliau sebelum ini menyatakan bahawa kerajaan tidak akan menggunakan Perkara 49.3 Perlembagaan - yang membolehkan perundangan diluluskan tanpa undian parlimen - seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya.
Ahli Parlimen kini dijangka meluluskan langkah sementara dengan melanjutkan belanjawan 2025 ke tahun depan, sebelum menyambung semula usaha merangka belanjawan akhir 2026.
Pada Selasa, parlimen meluluskan dengan majoriti tipis rang undang-undang belanjawan keselamatan sosial, yang merupakan elemen penting dalam rancangan perbelanjaan kerajaan yang lebih luas.
Perancis, ekonomi kedua terbesar di zon euro, kini berada di bawah tekanan untuk mengurangkan defisit dan hutang yang melambung tinggi, namun usaha itu terjejas akibat kebuntuan politik.
Kerajaan minoriti pimpinan Lecornu mempunyai ruang terhad untuk bertindak dalam parlimen yang berpecah-belah, di mana kemelut belanjawan berkaitan langkah pengurangan kos telah pun menyebabkan dua pendahulunya tersingkir dalam tempoh lebih sedikit dari setahun.
--BERNAMA-XINHUA
Kalkulator Belanjawan 2026 - Ketahui Apa Manfaat Anda di sini!