[TERKINI] Peguam Negara Arah Kubur Zara Qairina Digali Semula – Ikuti Perkembangan Di Sini
DUNIA

Parlimen Iran akan luluskan rang undang-undang gantung kerjasama dengan IAEA

Bernama 23/06/2025 | 11:23 MYT
Parlimen Iran merancang untuk meluluskan satu rang undang-undang bagi menggantung kerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) disebabkan pendiriannya yang bersifat politik. - Gambar fail/REUTERS
TEHRAN: Parlimen Iran merancang untuk meluluskan satu rang undang-undang bagi menggantung kerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) disebabkan pendiriannya yang bersifat politik, kata Speaker Mohammad Bagher Ghalibaf pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Kami di parlimen akan meluluskan satu rang undang-undang yang akan menggantung kerjasama Iran dengan IAEA sehingga kami memperoleh jaminan objektif terhadap tingkah laku profesional organisasi antarabangsa ini," kata Ghalibaf.

Beliau menegaskan IAEA gagal melaksanakan sebarang kewajipannya sebaliknya "menjadi alat politik."

--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI



TAG: Iran, rang undang-undang parlimen, IAEA, gantung kerjasama, Mohammad Bagher Ghalibaf



#Parlimen Iran #lulus rang undang-undang #gantung kerjasama #IAEA