awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen Iran bersidang secara tertutup susulan serangan Israel

Bernama
Bernama
27/10/2024
10:30 MYT
Parlimen Iran bersidang secara tertutup susulan serangan Israel
Ghalibaf berkata tindak balas ketenteraan daripada Iran terhadap serangan Israel pasti berlaku, walaupun beliau menggambarkannya sebagai "pasif". - Foto REUTERS
TEHRAN: Sehari selepas Israel melancarkan serangan udara ke atas sasaran utama di Iran, Parlimen Iran mengadakan mesyuarat tertutup pada Ahad untuk membincangkan langkah tindak balas, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Speaker Parlimen, Mohammad Bagher Ghalibaf yang merupakan bekas jeneral dalam Pasukan Pengawal Revolusi Islam, mempengerusikan perbincangan itu, menurut laporan media Iran.
Parlimen Iran mempunyai pengaruh yang terhad, dengan kuasa sebenar tertumpu kepada kepimpinan negara yang diketuai oleh Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei.
Namun, selepas pilihan raya tahun ini, majoriti ahli Parlimen yang terdiri daripada kumpulan konservatif mungkin mempengaruhi sentimen dalam kalangan sayap radikal tentera.
Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada awal pagi Sabtu, mendakwa bahawa mereka menyasarkan kemudahan yang digunakan untuk membuat peluru berpandu yang dilancarkan ke arah Israel serta lokasi peluru berpandu darat-ke-udara.
Media rasmi Iran melaporkan bahawa empat askar terbunuh dalam serangan itu.
Menurut agensi berita IRNA, Ghalibaf berkata tindak balas ketenteraan daripada Iran terhadap serangan Israel pasti berlaku, walaupun beliau menggambarkannya sebagai "pasif", sekali gus merendahkan skala tindak balas itu.
Ghalibaf turut merujuk kepada hak mempertahankan diri selaras dengan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Pada masa yang sama, beliau menekankan keperluan untuk gencatan senjata di Lubnan dan Semenanjung Gaza.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel serang Iran
#Sidang Parlimen
#Ayatollah Ali Khamenei
#serangan udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan