DUNIA
Parlimen Iran lulus RUU hapus empat sifar daripada mata wang negara
Mata wang Iran mengalami penyusutan nilai yang mendadak sejak Amerika Syarikat (AS) menarik diri pada Mei 2018 daripada perjanjian nuklear 2015 antara Tehran dengan negara kuasa besar dunia. - Foto hiasan
TEHRAN: Ahli Parlimen Iran pada Ahad meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) untuk menghapuskan empat sifar daripada mata wang negara Iran, rial, lapor agensi berita rasmi IRNA, menurut Xinhua.
RUU itu diluluskan dalam satu sesi terbuka Parlimen dengan 144 undi menyokong, 108 menentang dan tiga berkecuali, menurut laporan itu.
Kabinet Iran pada Ogos lalu telah meluluskan rancangan penghapusan sifar berkenaan, namun pelaksanaannya masih memerlukan kelulusan Majlis Perlembagaan negara itu.
Menurut IRNA, langkah menghapuskan empat sifar daripada rial bertujuan memudahkan urus niaga kewangan. Mata wang negara itu akan terus dikenali sebagai rial, dengan pecahan nilainya dipanggil gheran.
Selepas penghapusan itu, satu rial akan bersamaan dengan 10,000 pada nilai semasa dan dibahagikan kepada 100 gheran.
Mata wang Iran mengalami penyusutan nilai yang mendadak sejak Amerika Syarikat (AS) menarik diri pada Mei 2018 daripada perjanjian nuklear 2015 antara Tehran dengan negara kuasa besar dunia. Langkah itu disusuli dengan penguatkuasaan semula sekatan AS terhadap Iran.
-- BERNAMA