awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen Jepun lulus RUU pertingkat perlindungan terhadap wanita

Bernama
Bernama
19/05/2022
21:15 MYT
Parlimen Jepun lulus RUU pertingkat perlindungan terhadap wanita
Wanita Jepun kerap menghadapi masalah seperti kemiskinan, serangan seksual, penderaan dan kemurungan yang menjadi antara punca kepada peningkatan kes bunuh diri. - Gambar hiasan
TOKYO: Parlimen Jepun meluluskan rang undang-undang (RUU) untuk memperkasa kebajikan dan melindungi kaum wanita yang miskin dan yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan penderaan seksual, lapor Sputnik pada Khamis.
Menurut Agensi Berita Kyodo, keputusan itu diambil susulan desakan pelbagai pihak yang mendakwa peraturan sedia ada di bawah undang-undang antipelacuran 1956 sudah tidak sesuai dengan keadaan semasa.
Wanita Jepun kerap menghadapi masalah seperti kemiskinan, serangan seksual, penderaan dan kemurungan yang menjadi antara punca kepada peningkatan kes bunuh diri.
Undang-undang baharu itu bertujuan membangunkan perlbagai langkah untuk melindungi wanita kurang bernasib baik dan menyediakan pekerjaan serta bantuan perumahan dengan mengadakan penyelarasan bersama pertubuhan bukan kerajaan dan hak asasi manusia.
Parlimen Jepun juga merancang menyemak semula peruntukan undang-undang antipelacuran mengenai kaunseling dan tempat perlindungan untuk wanita untuk dimasukkan ke dalam perundangan baharu.
Undang-undang itu dijangka berkuat kuasa pada April 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#parlimen jepun
#RUU
#wanita
#keganasan rumahtangga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan