Terkini: Kes Kematian pelatih Palapes UTM – Ikuti Perkembangan di Sini
DUNIA

Parlimen Kemboja luluskan rang undang-undang kontroversi batalkan kewarganegaraan

Bernama 26/08/2025 | 01:30 MYT
Perhimpunan Kebangsaan Kemboja berkata undang-undang itu bertujuan untuk "menyucikan semangat patriotik rakyat Kemboja terhadap tanah air dan bangsa mereka." - REUTERS
BANGKOK: Parlimen Kemboja pada Isnin meluluskan satu rang undang-undang kontroversi yang membolehkan rakyatnya dilucutkan kewarganegaraan atas alasan "bekerjasama dengan negara asing", mencetuskan bantahan daripada puluhan kumpulan hak asasi manusia, lapor agensi berita Jerman dpa.

Kesemua 120 anggota Perhimpunan Kebangsaan, dewan rendah negara itu yang hadir di badan perundangan Phnom Penh mengundi menyokong rang undang-undang itu, termasuk Perdana Menteri Hun Manet, menurut laporan media tempatan.

Walaupun rang undang-undang itu masih perlu diluluskan Senat dan Presiden, langkah berkenaan dianggap hanya sebagai formaliti.

Menurut akhbar Phnom Penh Post, Perhimpunan Kebangsaan dalam kenyataan berkata undang-undang itu bertujuan untuk "menyucikan semangat patriotik rakyat Kemboja terhadap tanah air dan bangsa mereka."

--BERNAMA-dpa






#undang-undang kontroversi #Parlimen Kemboja #Rang Undang-Undang #lucut kewarganegaraan