awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen Kosovo dikosongkan akibat ancaman bom palsu

Bernama
Bernama
06/07/2025
03:15 MYT
Parlimen Kosovo dikosongkan akibat ancaman bom palsu
Berikutan insiden itu, sesi Parlimen telah ditangguhkan ke 8 malam waktu tempatan. - Foto X/Anadolu English
BELGRADE: Pihak berkuasa di Kosovo mengosongkan bangunan Parlimen pada Sabtu susulan ancaman bom palsu semasa sesi pemilihan speaker baharu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Penggubal undang-undang memasuki bangunan Parlimen pada waktu pagi bagi menyambung semula Perhimpunan Agung sesi ke-42 yang telah berlangsung sejak 15 April berikutan kegagalan memilih speaker baharu.
Berikutan ancaman bom, unit keselamatan Parlimen mengosongkan bangunan dengan memindahkan ahli Parlimen dan wartawan.
"Polis Kosovo, dengan penyelarasan pejabat pendakwa raya berkaitan, telah menjalankan pemeriksaan keselamatan di lokasi bersama pakar pemusnah bom dan unit lain," menurut polis dalam satu kenyataan.
Menurut jurucakap Parlimen, seorang pemanggil berbahasa Inggeris telah menghubungi mereka dan mendakwa bom telah diletakkan di dalam bangunan serta akan meletup dalam masa 10 minit.
"Ia benar-benar tidak masuk akal. Ini mungkin panggilan yang disengajakan untuk menghalang ahli Parlimen daripada menghadiri persidangan," kata Ahli Parlimen daripada parti Perikatan untuk Masa Depan Kosovo (AAK), Time Kadrijaj.
Ketua Pendakwa Raya di Pejabat Pendakwaan Asas Pristina, Zejnullah Gashi memaklumkan amaran itu adalah palsu dan tiada perkara mencurigakan ditemui di lokasi.
Berikutan insiden itu, sesi Parlimen telah ditangguhkan ke 8 malam waktu tempatan.
Pejabat Presiden turut terletak di bangunan yang sama dengan Parlimen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ancaman bom palsu
#Kosovo
#Parlimen
#Perhimpunan Agung sesi ke-42
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan