Parlimen Lubnan mula bersidang buat pertama kali selepas tragedi letupan

Agensi
Ogos 13, 2020 14:00 MYT
Persidangan pada Khamis dimulakan dengan upacara bertafakur terhadap 170 mangsa yang terkorban dalam kejadian letupan itu. - Gambar REUTERS
AHLI-AHLI Parlimen Lubnan mula bersidang buat pertama kalinya pada Khamis selepas berlakunya tragedi letupan dahsyat yang menghancurkan sebahagian besar bandar raya Beirut minggu lalu.
Para penggubal undang-undang mengadakan sidang tersebut di UNESCO Palace dan bukan di bangunan Parlimen seperti biasa bagi tujuan penjarakan sosial.
Antara sebab lain termasuk protes tanpa henti sejak minggu lalu di bangunan Parlimen yang menuntut barisan kabinet meletakkan jawatan.
Persidangan pada Khamis dimulakan dengan upacara bertafakur terhadap 170 mangsa yang terkorban dalam kejadian letupan itu.
Ia kemudian diteruskan dengan perbincangan tentang keputusan barisan kabinet yang meletakkan jawatan susulan tragedi tersebut.
Sidang tersebut juga dijangka akan membincangkan keputusan sama ada lanjutan pengisytiharan darurat.
Terdahulu, kerajaan Lubnan mengisytiharkan darurat susulan letupan yang turut mencederakan 6,000 yang lain.
#beirut #bersidang #letupan #lubnan #Parlimen #UNESCO Palace