[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Parlimen Pakistan akan pilih Perdana Menteri pada 3 Mac

Bernama 03/03/2024 | 07:56 MYT
Calon untuk jawatan itu terdiri daripada Presiden Parti Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) Muhammad Shehbaz Sharif dan Setiausaha Agung Parti Tehreek-e-Insaf Pakistan, Omar Ayub Khan. -Gambar hiasan
MOSCOW: Dewan Rakyat Pakistan dijangka memilih perdana menteri baharu negara itu pada Ahad, lapor Sputnik.
Calon untuk jawatan itu terdiri daripada Presiden Parti Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) Muhammad Shehbaz Sharif dan Setiausaha Agung Parti Tehreek-e-Insaf Pakistan, Omar Ayub Khan.
Omar Ayub Khan memenangi pilihan raya sebagai calon bebas.
Ahli Parlimen yang baru dilantik mengangkat sumpah pada sidang pertama Parlimen ke-16 pada Khamis lepas.
-- BERNAMA
#Pakistan #pilihan raya #Muhammad Shehbaz Sharif #Omar Ayub Khan