Parlimen Thailand meluluskan bacaan pertama Belanjawan 2020 berjumlah berjumlah 3.2 trillion baht malam tadi, selepas dibahas selama tiga hari.
Sejumlah 486 daripada 500 Ahli Parlimennya hadir untuk mengundi, dan keputusan menyaksikan 251 Ahli Parlimen bersetuju, manakala selebihnya enggan mengundi.
Ketua whip di pihak pembangkang Suthin Klangsaeng berkata semua tujuh parti pembangkang enggan mengundi dalam bacaan pertama dan mahukan kerajaan meminda serta menambah baik belanjawan itu sebelum bacaan berikutnya.
"Ini bukan soal usaha membubarkan parlimen atau menggesa Perdana Menteri berundur. Apa yang kami mahukan adalah belanjawan yang baik dan berkualiti untuk negara dan rakyat.
"Belanjawan ini tertangguh selama empat bulan (tahun fiskal bermula 1 Okt). Hari ini kita mahukan supaya kerajaan kerajaan membuat pindaan untuk bacaan kedua," katanya dalam ucapan penutup sesi perbahasan di sini malam tadi.
Selepas bacaan kali pertama, rang undang-undang itu akan melalui bacaan kali kedua dan ketiga, yang dijangka pada bulan Januari sebelum disampaikan untuk kelulusan Raja.
Timbalan Speaker Dewan Suphachai Phosu berkata satu jawatankuasa akan dibentuk bagi meneliti dan menyelaras butir-butir terperinci belanjawan dan membuat perubahan yang perlu untuk bacaan kali kedua dan ketiga.
Rang undang-undang bajet yang dicadangkan 3.2 trilion baht untuk tahun fiskal 2020 itu adalah yang terbesar bagi Thailand, lebih 200 bilion baht berbanding tahun lepas.
Sejumlah 518.77 bilion baht disediakan untuk peruntukan belanjawan pusat.
Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar 368.7 bilion baht diikuti oleh Kementerian Dalam Negeri (353 bilion baht), Kementerian Kewangan (249.7 bilion baht), Kementerian Pertahanan (233.3 bilion baht) dan Kementerian Pengangkutan 178.8 bilion baht.
Rang Undang-undang mengenai belanjawan Thailand untuk tahun fiskal 2020 ini menjadi tumpuan ramai kerana ia boleh dikatakan sebagai ujian pertama untuk kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 19 2019
Rang undang-undang bajet yang dicadangkan 3.2 trilion baht untuk tahun fiskal 2020 itu adalah yang terbesar bagi Thailand, lebih 200 bilion baht berbanding tahun lepas. - Gambar hiasan
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.
92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.
Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.
PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.
PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.
Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.
Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.
Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.
Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.