Parlimen Ukraine meluluskan usul untuk membawa bekas presiden Viktor Yanukovyvh ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Bekas presiden itu didakwa bertanggungjawab ke atas kematian lebih seratus penunjuk perasaan anti kerajaan ketika protes tiga minggu.

Sebahagian besar mangsa ditembak oleh penembak tepat.

Sementara itu, presiden sementara Alexander Turchynov mengeluarkan amaran berkenaan bahaya gerakan pemisah, susulan penyingkiran bekas presiden Viktor Yanukovych.

Kenyataan dikeluarkan Turchynov ketika penduduk daerah pro-Rusia, meneruskan tuntutan supaya pentadbiran sementara Kiev diganti.

Tuntutan tersebut menyebabkan penubuhan kerajaan perpaduan Ukraine ditangguhkan sehingga Khamis bagi membolehkan rundingan lanjut dibuat.

Beliau pada masa sama membayangkan gerakan pemisah sebagai ancaman serius.

Berucap di parlimen, Turchinov memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk membincangkan risiko gerakan pemisah di daerah-daerah yang mempunyai populasi etnik Rusia.

Turnchinov turut memberi amaran, pihak yang terlibat dalam gerakan pemisah, akan dikenakan hukuman berat.