awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti ada hubungan dengan Thaksin dahului dalam PRU Thailand

Bernama
Bernama
07/05/2019
15:07 MYT
Parti ada hubungan dengan Thaksin dahului dalam PRU Thailand
Thaksin Shinawatra, Perdana Menteri Thailand yang digulingkan. - Gambar fail
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand hari ini mengesahkan keputusan Pilihan Raya Umum 24 Mac lepas dengan Parti Pheu Thai, parti yang ada hubungan dengan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang digulingkan mendahului kedudukan dengan meraih 137 Kerusi.
Parti Pro-tentera Palang Pracharat yang menyokong Perdana Menteri Prayuth Chan-o-cha di tempat kedua dengan 97 kerusi, Bhumjaithai (39), Democrat (33), Future Forward Party (30).
Suruhanjaya itu mengesahkan keputusan 349 daripada 350 kerusi kawasan, hampir tujuh minggu selepas PRU itu diadakan.
Pada sidang akhbar di sini, Timbalan Setiausaha Agung SPR Sawaeng Boonmee berkata satu pilihan raya kecil akan diadakan di kawasan Chiang Mai berikutan "kad kuning" dikeluarkan kepada seorang calon Pheu Thai atas kesalahan rasuah.
BACA: Ceritalah Thailand: Perlu lebih dari sekadar kalkulator, untuk perbetul demokrasi
Senarai penuh anggota parlimen dijangka diumumkan menjelang 9 Mei.
Sementara itu, Prayuth mengesahkan 15 anggota kabinet meletak jawatan hari ini.
Mereka termasuk Ketua Marsyal Udara Prajin Juntong, Timbalan Perdana Menteri Jen Chatchai Sarikulya, Menteri di Pejabat PM Suwaphan Tanyuvardhana, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Jen Surasak Karnjanarat, dan Menteri Buruh Jen Polis Adul Saengsingkaew.
BACA: Ceritalah ASEAN - Pilihan raya Thai: Apa Prayuth akan lakukan untuk kekal berkuasa?
Ini mencetuskan spekulasi bahawa mereka akan dilantik sebagai anggota senat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#calon
#kabinet
#letak jawatan
#Parti Pheu Thai
#pilihan raya
#pilihan raya kecil
#pilihan raya umum
#polis
#Prayuth Chan-o-cha
#PRU
#Rasuah
#Sawaeng Boonmee
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Thailand
#Thaksin Shinawatra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan