DUNIA
Parti Komeito akan tinggalkan gabungan pemerintah Jepun selepas 26 tahun
Saito (kiri) mengadakan pertemuan dengan Takaichi (kanan) di Tokyo, 10 Okt 2025. REUTERS
TOKYO: Parti Komeito, sekutu junior dalam Kerajaan Jepun mengumumkan pada Jumaat, ia akan menamatkan kerjasama gabungannya susulan perbezaan pendirian berhubung skandal dana politik, sekali gus menamatkan kerjasama lebih dua dekad, lapor Agensi Berita Kyodo.
Walaupun Komeito dijangka terus bekerjasama dengan Parti Liberal Demokratik (LDP) dari segi dasar, langkah itu merupakan tamparan kepada pemimpin baharu LDP Sanae Takaichi, yang menggantikan Shigeru Ishiba dan kini berhasrat menjadi perdana menteri Jepun seterusnya.
"Komeito mahu 'menamatkan hubungan' ini," kata ketua parti itu Tetsuo Saito, yang disokong oleh pertubuhan Buddha awam terbesar Jepun Soka Gakkai, kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Takaichi buat kali kedua sejak beliau mengambil alih kepimpinan LDP.
Gabungan pemerintah itu telah pun kehilangan majoriti dalam kedua-dua dewan Parlimen dalam dua pilihan raya umum lalu sejak Ishiba memegang jawatan pada Oktober tahun lepas, dengan kemerosotan itu sebahagiannya dikaitkan dengan skandal kutipan dana politik membabitkan puak utama dalam LDP.
Walaupun tanpa Komeito, LDP masih kekal sebagai kuasa politik terbesar di Dewan Perwakilan dan Dewan Kaunselor. Namun, jika Takaichi menjadi perdana menteri, beliau dijangka berdepan cabaran lebih besar untuk menguruskan kerajaan minoriti, sekali gus memerlukan kerjasama dengan parti pembangkang bagi meluluskan belanjawan dan rang undang-undang.
Perpecahan dalam gabungan itu mula kelihatan selepas Takaichi, yang dikenali sebagai tokoh konservatif tegar dan berpendirian keras dalam isu keselamatan, dipilih sebagai pemimpin LDP dan melantik Koichi Hagiuda, seorang ahli parlimen kanan yang terpalit dalam skandal terbabit, ke jawatan penting parti.
Takaichi dan Saito telah membincangkan kerangka gabungan mereka berdasarkan tiga isu -pandangan mengenai sejarah termasuk lawatan ke Kuil Yasukuni yang berkait dengan peperangan di Tokyo, kebimbangan Komeito terhadap dasar berpotensi mengecualikan warga asing, serta pembaharuan pembiayaan politik.
Namun, kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat dalam isu ketiga, dengan Komeito menuntut usaha lebih besar untuk menyiasat secara menyeluruh skandal dana politik itu dan memperketat kawalan terhadap sumbangan politik oleh syarikat serta pertubuhan.
Komeito menggelar dirinya sebagai "parti keamanan" dan terkenal dengan pendiriannya yang sederhana dalam isu pertahanan.
Komeito pada asalnya membentuk kerajaan gabungan dengan LDP dari 1999 hingga 2009, sebelum kedua-duanya kembali berkuasa bersama pada 2012 dan mengekalkan gabungan berkenaan sejak itu.
-- BERNAMA