NEW DELHI: Gabungan parti pembangkang India membantah keganasan dan ucapan kebencian yang semakin memuncak terhadap umat Islam di negara itu.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan komunal di beberapa negeri baru-baru ini.
"Kami bimbang terhadap laporan insiden yang berlaku," menurut kenyataan bersama 13 parti politik pada Sabtu.
Madhya Pradesh, Karnataka, Uttar Pradesh, Rajasthan, Gujarat dan Delhi antara negeri yang menyaksikan serangan terhadap umat Islam dan harta benda mereka oleh kumpulan nasionalis Hindu.
Menurut kenyataan bersama itu keadaan yang berlaku amat membimbangkan dan malang sekali tiada tindakan sewajarnya diambil setakat ini.
Penandatangan kenyataan itu termasuk presiden Parti Kongres Sonia Gandhi, ketua menteri Tamil Nadu M.K.Stalin, ketua Parti Kongres Nasionalis Sharad Pawar, Ketua Menteri Bengal Barat Mamata Banerjee, Ketua Menteri Jharkhand Hemant Soren dan pemimpin Rashtriya Janata Dal Tejashwi Yadav.
Menurut pemimpin pembangkang mereka "terkejut dengan sikap berdiam diri" Perdana Menteri Narendra Modi berhubung keganasan komunal oleh "perusuh persendirian bersenjata".
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 17 2022

Peserta demonstrasi aman di New Delhi memperjuangkan kesedaran tentang jenayah kebencian keganasan dan diskriminasi terhadap orang Islam di India. - Reuters

Libat urus MAFI dengan pihak berkepentingan pastikan bekalan ayam mencukupi - Ronald
Ronald berkata penternak dan pengusaha ladang-ladang penternakan ayam telah menyatakan komitmen untuk bersama-sama memperkukuh sekuriti makanan negara.

Polis buka kertas siasatan kanak-kanak tercampak dari kereta
Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak berkenaan dengan cara yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Pemuda UMNO sindir Timbalan Menteri, dakwa 'sudah mati rasa'
Kenyataan Nik Muhammad Zawawi Salleh dianggap Asyraf Wajdi sebagai 'sudah mati rasa.'

Minyak Masak Subsidi | Salah guna peniaga sumbang kepada kenaikan harga
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa mendakwa berlaku penyelewengan minyak masak paket bersubsidi satu kilogram. Katanya, minyak bersubsidi yang dikhaskan untuk penggunaan di rumah, digunakan oleh golongan peniaga.

Isu Gugur Kandungan | Google padam sejarah lokasi pengguna, elak tindakan
Gergasi teknologi, Google akan memadam sejarah lokasi pengguna yang melawat klinik untuk menggugurkan kandungan. Ini bagi melindungi mereka daripada dikenakan tindakan undang-undang, selepas Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) mengharamkan pengguguran kandungan baru-baru ini.

Kerjasama dengan GRS, BN Sabah akan tentukan, tidak mahu ditipu - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah akan menentukan hala tuju mereka bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

AWANI Ringkas: Pelantikan Tajuddin sebagai duta besar mendapat perkenan Agong - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tabung Agromakanan: Peruntukan RM100 juta bantu lonjak jaminan keselamatan makanan - PM
RM100 juta peruntukan di bawah Tabung Agromakanan diletakkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (KPM) bagi mengembangkan industri agromakanan, khususnya penternakan ayam.

Fokus Minggu Depan: Lawatan PM ke Turki minggu depan
Jika dilihat dengan keadaan ekonomi negara ketika ini termasuk kenaikan inflasi, sudah tentu Malaysia memerlukan hubungan yang baik dengan negara maju, kata Penganalisis Politik Antarabangsa, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed mengenai lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Turki.

Tok Mat saran BN Sabah usul Perjanjian Malaysia baharu tuntut hak negeri
Perjanjian itu perlu ditunjangi semangat, konteks dan aspirasi baharu.

Tiada lagi pendekatan 'tembok besi' antara kerajaan - pembangkang, kata Annuar
'Tembok besi' antara kerajaan dan pembangkang tidak boleh diambil lagi kerana kestabilan politik demi menjaga kebajikan Keluarga Malaysia.

Ismail Sabri berdepan cabaran besar sebagai PM - Annuar
Pentadbiran kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berdepan dengan pelbagai situasi mencabar dalam menguruskan negara.

Bila semboyan pilihan raya mula berbunyi...
Satu undi yang tidak dilaksanakan, maka ia sebenarnya adalah satu undi kepada pihak yang menang.

Tiada tarikh tamat MoU kerajaan dan PH - Annuar Musa
Tiada tarikh tamat bagi Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi Dan Kestabilan Politik Di Antara Kerajaan Persekutuan Dan Pakatan Harapan.

Peter Dutton dilantik Ketua Pembangkang Australia
Parti Liberal Australia pada Isnin melantik bekas Menteri Pertahanan Peter Dutton sebagai pemimpin baharu parti itu, lapor Anadolu Agency (AA) memetik media tempatan.

Khemah besar: Bersatu belum buat pendirian
Perkara tersebut akan dibincangkan terlebih dahulu di peringkat kepimpinan tertinggi parti sebelum membuat keputusan.

PRU15: UMNO sedia berdepan khemah besar - Mahdzir
UMNO tetap bersedia untuk bersaing, dengan strategi tersendiri, sekiranya ia benar-benar berlaku.

Projek LCS: Kerugian bakal ditanggung LTAT perlu dijelaskan - Anwar
Perlu dijelaskan tentang berapa kerugian yang akan ditanggung Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akibat keputusan tersebut.

PRU15: Fahami pendekatan 'Khemah Besar' Amanah sebelum bincang - Mat Sabu
'Khemah Besar' dianjur Amanah tidak merangkumi penyatuan atau kerjasama dengan parti-parti yang berada di dalam kerajaan iaitu UMNO, Bersatu atau Pas.

MoU kerajaan - pembangkang terus terpakai selagi Parlimen tidak dibubarkan
Selama ini banyak pihak terkeliru antara tarikh luput MoU dan pembubaran Parlimen, kata Fahmi Fadzil.