DUNIA
Parti pembangkang kedua terbesar Jerman desak sekatan terhadap Smotrich, Ben-Gvir
Parti Hijau Jerman gesa kerajaan Berlin mengenakan sekatan terhadap Bezalel Smotrich (kanan) dan Itamar Ben-Gvir (kiri) atas dakwaan menghasut keganasan terhadap rakyat Palestin dan menyokong penempatan haram serta pengusiran. -Gambar fail/Reuters
BERLIN: Parti Hijau Jerman pada Rabu mengeluarkan gesaan agar kerajaan Berlin menyertai negara lain dalam mengenakan sekatan terhadap dua menteri kanan Israel atas dakwaan menghasut keganasan terhadap rakyat Palestin.
Ringkasan AI
Ketua parti, Franziska Brantner berkata Bezalel Smotrich dan Itamar Ben-Gvir menyokong penempatan haram dan pengusiran penduduk Palestin.
Brantner, yang mengetuai parti pembangkang kedua terbesar di Jerman itu mendakwa kedua-dua menteri tersebut secara terbuka menyeru keganasan terhadap penduduk Palestin dan sejak sekian lama menyokong dasar pengilhakan serta pemindahan paksa.
"Tindakan ini meragut nyawa, memusnahkan komuniti secara keseluruhan dan menjadi halangan besar dalam usaha mencapai proses damai," kata Brantner kepada agensi berita dpa.
Gesaan ini dibuat selepas United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand dan Norway mengumumkan sekatan terhadap Ben-Gvir dan Smotrich pada Selasa, termasuk larangan perjalanan dan pembekuan aset mereka.
Menurut kenyataan bersama lima negara tersebut, kedua-dua menteri Israel itu telah menghasut keganasan ekstremis dan pelanggaran serius terhadap hak asasi rakyat Palestin.
Smotrich sebelum ini mengancam akan melakukan "kemusnahan total" terhadap Gaza, manakala Ben-Gvir secara terbuka menentang penghantaran bantuan kemanusiaan ke wilayah Palestin yang terjejas.
Brantner menegaskan bahawa jika kerajaan Jerman benar-benar komited terhadap tanggungjawabnya terhadap keselamatan Israel serta undang-undang antarabangsa, Berlin perlu bertindak selaras dengan rakan-rakan Eropahnya.
"Ini satu-satunya cara untuk beri peluang kepada penyelesaian dua negara – sebagai usaha memastikan kehidupan yang selamat dan bermaruah bagi rakyat Israel dan Palestin," katanya.
Sementara itu, kerajaan Israel belum memberikan maklum balas rasmi terhadap desakan sekatan dari Jerman.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Parti Hijau Jerman menggesa kerajaan Berlin mengenakan sekatan terhadap dua menteri kanan Israel, Bezalel Smotrich dan Itamar Ben-Gvir, atas dakwaan menghasut keganasan terhadap rakyat Palestin dan menyokong penempatan haram serta pengusiran.
- Gesaan ini dibuat susulan tindakan lima negara Barat UK, Kanada, Australia, New Zealand, dan Norway yang telah mengenakan sekatan terhadap kedua-dua menteri tersebut kerana pelanggaran hak asasi dan hasutan keganasan ekstremis.
- Ketua Parti Hijau, Franziska Brantner, menekankan bahawa tindakan tegas selaras dengan undang-undang antarabangsa adalah penting untuk menyokong penyelesaian dua negara dan menjamin keselamatan serta maruah rakyat Israel dan Palestin.