Parti Pembangkang Thailand memboikot pilihan raya umum negara itu yang akan diadakan 2 Februari depan.
Pemimpin Parti Demokrat, Abhisit Vejjajiva menyatakan partinya tidak akan menamakan sebarang calon dan pada masa sama menyifatkan politik negara gajah putih itu telah gagal.
Dalam sidang medianya di Bangkok, Abhisit mennjelaskan kepimpinan tertinggi parti telah bersetuju untuk tidak menyertai pilihan raya.
Keputusan berkenaan dibuat kerana rakyat Thailand telah hilang kepercayaan terhadap sistem demokrasi negara itu.
Awal bulan ini Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan dalam usaha menamatkan demonstrasi anti kerajaan yang membantah pentadbirannya dan pengaruh abangnya, Thaksin.
Sementara itu, Ketua Turus Angkatan Tentera Darat Jeneral Prayut Chan-Ocha memberi amaran kemungkinan perang saudara sekiranya pilihan raya tetap diadakan.
Bagi mengelak kejadian yang tidak diingini beliau mencadangkan supaya pilihan raya itu ditunda.
Ia dibuat bagi membolehkan kerajaan dan parti pembangkang membincangkan pendekatan untuk meredakan perbezaan fahaman politik masing-masing.
Dalam pada itu, Yingluck dalam siaran ke seluruh negara meminta semua parti politik menandatangani perjanjian bagi membentuk Majlis Reformasi Kebangsaan selepas pilihan raya diadakan tahun depan.
Tegasnya, kerajaan yang diterajui tidak akan berganjak untuk melindungi perlembagaan dan sistem pemerintahan beraja di negara itu.
Bagi tujuan yang sama beliau meminta rakyat Thailand mencari jalan mencari penyelesian krisis politik melalui pendekatan demokrasi.
Kenyataan berkenaan merujuk kepada cadangan Forum Reformasi Kebangsaan dan kerajaan katanya bersetuju merealisasi idea yang diketengahkan.
Ia akan mencakupi pembaharuan politik ekonomi dan masyarakat.
Proses berkenaan katanya boleh dilaksana serentak dengan pilihan raya umum.
Astro Awani
Sun Dec 22 2013
Pemimpin Parti Demokrat, Abhisit Vejjajiva - Foto AFP
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Parti pembangkang Thailand boikot pilihan raya
Parti Pembangkang Thailand memboikot pilihan raya umum negara itu yang akan diadakan 2 Februari depan.