awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang

Bernama
Bernama
15/12/2024
12:50 MYT
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
Rakyat Korea Selatan kini menjadi saksi kepada episod kemelut politik yang melanda negara itu. - AP
SEOUL: Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara, lapor Xinhua.
“Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan,” kata Kweon ketika berucap di Parlimen pada Ahad.
Terdahulu, Ketua Parti Demokratik, Lee Jae-myung, dalam satu sidang akhbar menyeru supaya normalisasi segera dijalankan susulan insiden "pemberontakan" yang merujuk kepada kegagalan pelaksanaan undang-undang tentera awal bulan ini oleh Presiden Yoon Suk-yeol yang bakal menghadapi pendakwaan.
Lee turut mencadangkan agar parlimen dan kerajaan menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara selaras dengan semangat kerjasama pelbagai parti dalam tadbir urus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#politik korea selatan
#Parti Kuasa Rakyat
#badan perundingan
#Kweon Seong-dong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan