awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi

Astro Awani
Astro Awani
02/02/2026
00:50 MYT
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Takaichi kini menerajui kerajaan dengan majoriti tipis di Dewan Rendah dan kekal sebagai minoriti di Dewan Atasan. - Foto REUTERS
TOKYO: Parti Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi dilaporkan berpotensi meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Dewan Rendah akan datang, menurut satu kaji selidik oleh akhbar Asahi yang dikeluarkan pada Ahad.
Kaji selidik itu menunjukkan bahawa Parti Demokratik Liberal (LDP) pimpinan Takaichi dijangka memperoleh jumlah kerusi jauh melebihi 233 kerusi majoriti daripada 465 kerusi yang dipertandingkan di Dewan Rendah, daripada 198 kerusi yang dimenanginya sekarang.
Sekiranya keputusan itu menjadi kenyataan, ia akan mengukuhkan lagi cengkaman politik Takaichi di dalam parti dan memberi mandat kuat kepada beliau untuk meneruskan dasar fiskal yang lebih agresif.
Gabungan pemerintah LDP bersama rakan gabungannya, Japan Innovation Party (Ishin), dijangka mencapai sehingga 300 kerusi, sekali gus melonjak dominasi mereka di dewan rendah.
Sementara itu, parti pembangkang terbesar, Centrist Reform Alliance, dilaporkan berdepan kemungkinan kehilangan separuh daripada 167 kerusi yang dimilikinya.
Takaichi sebelum ini membubarkan Dewan Rendah dan mengisytiharkan pilihan raya awal pada 8 Februari 2026, dalam usaha memperoleh sokongan rakyat terhadap agenda dasar beliau termasuk potongan cukai penggunaan serta rangsangan ekonomi.
Beliau kini menerajui kerajaan dengan majoriti tipis di Dewan Rendah dan kekal sebagai minoriti di Dewan Atasan.
Para penganalisis berkata kemenangan besar akan memberi Takaichi peluang lebih luas untuk melaksanakan dasar ekonomi yang lebih bercita-cita tinggi, sekaligus mungkin menimbulkan kebimbangan di pasaran mengenai disiplin fiskal Jepun memandangkan paras hutang awam negara yang sudah tinggi.
Pilihan raya umum ini juga dilihat sebagai ujian penting terhadap kekuatan gabungan pemerintah serta sokongan terhadap pimpinan baru Takaichi sejak beliau dilantik sebagai perdana menteri pada Oktober 2025.
Topic Berkaitan
#Sanae Takaichi
#LDP
#pilihan raya
#dewan rendah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan