awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti pro-junta Palang Pracharath 'sedikit' mendahului undi popular PRU Thailand

Bernama
Bernama
24/03/2019
21:30 MYT
Parti pro-junta Palang Pracharath 'sedikit' mendahului undi popular PRU Thailand
SPR Thailand dijangka mengumumkan kerusi yang dimenangi parti politik terbabit pada Isnin.
Parti pro-junta Palang Pracharath kini 'sedikit' mendahului parti lain dalam Pilihan Raya Umum Thailand dengan sejumlah 7,594,820 undi popular setakat pukul 11 malam (waktu tempatan) pada Ahad.
Dengan penjumlahan undi yang mencapai tahap 93 peratus, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaporkan bahawa Parti Palang Pracharath kini mendahului dengan majoriti undi sebanyak 469,829.
Parti itu telah mencalonkan pemimpinnya Prayuth Chan-o-cha sebagai satu-satunya calon perdana menteri sejak pilihan raya umum pertama yang berlangsung selepas kudeta tentera pada 2014.
Keputusan yang tertera pada papan skor di ibu pejabat SPR Thailand di sini menunjukkan bahawa Parti Pheu Thai, yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, berada di tempat kedua dengan 7,124,991 undi.
Sementara itu, Parti Future Forward yang diterajui Thanathorn Jungrungreangkit, berada di tempat ketiga dengan 5,236,984 undi manakala di tempat keempat, Parti Demokrat pimpinan bekas Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva meraih sejumlah 3,234,082 undi.
Keputusan undi popular tidak mencerminkan kerusi yang dimenangi sesebuah parti politik dalam pengundian yang berlangsung pada Ahad.
Bagaimanapun, SPR Thailand dijangka mengumumkan kerusi yang dimenangi parti politik terbabit pada Isnin.
Terdahulu, SPR Thailand menyatakan bahawa sejumlah 65.96 peratus daripada 51.25 juta orang yang layak mengundi telah menunaikan kewajipan mereka.
SPR Thailand mempunyai tempoh sehingga 9 Mei untuk mengumumkan keputusan rasmi pengundian yang berlangsung pada Ahad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palang Pracharath
#pilihan raya umum
#Prayuth Chan-o-cha
#PRU
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan