LOS ANGELES/Chengdu: Dua panda gergasi, Yun Chuan dan Xin Bao tiba di California dari China pada Khamis untuk kerjasama 10 tahun dengan Zoo San Diego, menandakan fasa baharu dalam usaha perlindungan panda antara China dan Amerika Syarikat (AS).
Yun Chuan, panda gergasi jantan berusia lima tahun dan Xin Bao, panda betina berusia empat tahun, dipilih dari Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Panda Gergasi China (CCRCGP), lapor Xinhua.
Mamalia itu berlepas dari Pusat Panda Bifengxia di Bandar Ya'an di wilayah Sichuan, barat daya China dengan penerbangan sewa khas pada petang Rabu.
Pasangan panda itu yang transit melalui Hong Kong dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, ditemani oleh lima pembiak baka dan doktor haiwan yang berpengalaman.
Kedua-duanya yang pertama memasuki AS dalam lebih dua dekad, akan dibawa ke Zoo San Diego sebaik tiba di Los Angeles.
Panda gergasi itu akan dikuarantin selama sekurang-kurangnya 30 hari, mengikut prosedur standard dan tarikh penampilan awam akan diumumkan selepas pasukan penjagaan haiwan merasakan mereka bersedia untuk bertemu pengunjung.
CCRCGP telah menjalankan kerjasama penyelidikan saintifik dengan Zoo San Diego selama lebih 25 tahun, dengan hasil yang memberangsangkan dalam perlindungan, pembiakan dan kawalan penyakit panda gergasi, serta pendidikan awam berkaitan.
Sebagai simbol kerjasama, Yun Chuan ialah anak kepada Zhen Zhen, yang dilahirkan di Zoo San Diego pada tahun 2007 dan cucu kepada Bai Yun, yang tinggal di zoo berkenaan selama lebih 20 tahun.
Bai Yun yang berusia 27 tahun dan anaknya, Xiao Liwu, dua ekor panda gergasi terakhir di Zoo San Diego, dihantar pulang ke China pada tahun 2019 setelah perjanjian pemuliharaan terakhir zoo dengan China tamat.
Sementara itu, ramai penduduk San Diego serta kakitangan zoo menantikan kedatangan semula ikon zoo yang dicintai itu.
"Kami sangat teruja untuk menyambut Yun Chuan dan Xin Bao ke dalam keluarga Zoo San Diego," kata Paul Baribault, presiden dan ketua pegawai eksekutif untuk San Diego Zoo Wildlife Alliance, dalam satu kenyataan media.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024
Yun Chuan (gambar) ialah anak kepada Zhen Zhen, yang dilahirkan di Zoo San Diego pada tahun 2007 dan cucu kepada Bai Yun, yang tinggal di zoo berkenaan selama lebih 20 tahun. - Gambar fail/AP
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Pasangan panda gergasi tiba di Hong Kong
Ketibaan pasangan panda itu adalah antara acara perayaan paling dinanti-nantikan menjelang ulang tahun ke-75 penubuhan Republik Rakyat China.
Pasangan panda gergasi China tiba di AS
Yun Chuan, panda gergasi jantan berusia lima tahun dan Xin Bao, panda betina berusia empat tahun, dipilih dari CCRCGP.
Kerjasama China-Australia boleh merentasi Pasifik, atasi perbezaan - PM China
Li berkata pada Ahad bahawa selagi kedua-dua pihak saling menghargai, kerjasama antara China dan Australia boleh merentasi Lautan Pasifik, mengatasi perbezaan dan mencapai kejayaan bersama.
Panda gergasi tertua di Jepun mati akibat sakit jantung pada usia 28 tahun
Panda gergasi tertua di Jepun dilaporkan mati pada usia 28 tahun di Zoo Kobe Oji di bandar barat Kobe, menurut zoo itu hari ini, lapor Jiji Press.
Zoo Negara rai pencapaian 60 tahun penubuhan
Zoo Negara menyambut ulang tahun ke-60 dengan sambutan Jubli Intan pada Jumaat yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kerajaan cadang lanjut penempatan panda gergasi
Kerajaan cadang lanjut penempatan panda gergasi
Penghantaran pulang anak panda gergasi dilaksanakan mengikut perjanjian China-Malaysia - NRECC
Penghantaran pulang Yi Yi dan Sheng Yi ke China pada 29 Ogos ini dilaksanakan sebagai mematuhi Perjanjian Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda antara Malaysia dan China.
Panda dipajak China kepada Korea Selatan lahirkan anak kembar
Seekor panda gergasi yang dipajak oleh China kepada Korea Selatan tujuh tahun lepas, melahirkan anak panda kembar pertama di negara itu minggu lalu, menurut Taman Tema Everland pada Selasa.
Panda gergasi di Zoo Chiang Mai mati pada usia 21 tahun
Lin Hui mengalami masalah pendarahan hidung dan menghembuskan nafas terakhir sewaktu menerima rawatan.
Leka bergambar, kakitangan zoo berjaya selamatkan remaja jatuh dalam kandang panda
Seorang remaja berjaya diselamatkan selepas masuk ke kandang panda gergasi di Zoo Adelaide untuk mendapatkan telefon pintarnya.