SINGAPURA: Dari jauh, barisan kanopi oren kelihatan sama seperti pasar-pasar lain.
Namun, Pasar Central Singapura yang dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Masyarakat Tengah Singapura (CDC) bertujuan memenuhi slogan "A Market with a Difference".
Dianjurkan baru-baru ini di Zhongshan Park, Pasar Central Singapura yang pertama tahun ini menggalakkan gaya hidup sihat, kehidupan lestari dan keterangkuman sambil menyokong perniagaan kecil-kecilan.
Terdapat 20 penjual yang mempromosikan produk seperti sayur-sayuran tempatan segar, ais krim yogurt semulajadi, tumbuhan dalam pasu, sabun buatan sendiri serta produk gaya hidup kitar semula.
Di satu sudut, "The Helping Hand" sebuah rumah perantaraan yang bekerjasama dengan Perkhidmatan Penjara Singapura bagi memberi peluang kedua kepada bekas pesalah yang ingin mengubah hidup mereka, menjual sayur-sayuran segar yang ditanam sendiri.
"Kami adalah perusahaan sosial. Matlamatnya bukan untuk mencari keuntungan, kami cuba mencapai titik pulang modal dan wang itu digunakan untuk menyokong program," kata pengurus perniagaan dan operasi Trevor Wong kepada Bernama.
Beliau berkata yang paling penting, pasar ini memberi peluang kepada bekas pesalah untuk berinteraksi dengan orang ramai, satu langkah penting dalam memulihkan mereka kembali ke dalam masyarakat.
Sementara itu, dua bengkel bagi menghasilkan produk lulur badan dan eco-enzymes juga mendapat sambutan baik daripada orang ramai tanpa mengira usia.
Audrey dari Eco Rangers, sebuah platform mesra alam dan lestari yang bertujuan mempromosikan kesedaran alam sekitar dan kelestarian dalam komuniti, berkata bengkel itu menggunakan barangan atau sisa makanan yang boleh didapati dengan mudah.
Sebagai contoh, eco-enzymes yang boleh digunakan untuk pembersihan dan baja tumbuhan, hanya memerlukan kulit buah atau buah yang telah rosak, gula perang dan air.
"Ia bukan sekadar aktiviti untuk pengunjung pasar, tetapi juga untuk mendidik mereka. Semua ini sebenarnya mudah dilakukan dari rumah mereka sendiri," katanya.
Kawasan pasar juga dipenuhi bangku sementara pengunjung dihiburkan dengan persembahan oleh pemuzik jalanan kurang upaya, sebagai memenuhi aspek keterangkuman golongan kurang upaya dalam Pasar Central Singapura.
Datuk Bandar Daerah Central Singapura, Denise Phua berkata majlis itu merancang untuk menganjurkan sekurang-kurangnya satu pasar seperti ini di tempat-tempat berbeza di seluruh Daerah Central setiap bulan pada masa hadapan.
Beliau juga berharap dapat membawa lebih banyak produk yang selaras dengan matlamatnya iaitu gaya hidup sihat, kehidupan lestari dan keterangkuman.
Pada ketika ini, pasar yang diperkenalkan pada 2019 dianjurkan sekali setiap dua bulan sejak dihentikan akibat COVID-19.
"Kami mahu konsisten dengan matlamat dan tujuan kami. Jadi, produk mestilah sihat atau mempromosikan gaya hidup sihat, buatan sendiri dan tempatan serta lebih banyak produk lestari," katanya.
Phua turut berharap untuk melibatkan warga emas dalam persembahan bagi memeriahkan program itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 30 2024
Denise Phua (kanan) beramah mesra dengan salah seorang peniaga di Pasar Central Singapura, di Taman Zhongshan, baru-baru ini. --fotoBERNAMA
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Pasar Singapura promosi gaya hidup sihat, kelestarian dan keterangkuman
Pasar Central Singapura yang dianjurkan oleh CDC bertujuan memenuhi slogan 'A Market with a Difference'.