awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran saham AS masih lemah berikutan krisis penutupan operasi

Astro Awani
Astro Awani
08/10/2013
00:14 MYT
Pasaran saham AS masih lemah berikutan krisis penutupan operasi
Pasaran saham New York terus didagangkan lemah berikutan tiada petanda baru yang kongres akan menyelesaikan krisis penutupan operasi kerajaan dan meningkatkan had hutang negara.
Sehingga kini pelabur terus menjauhi pasaran dan memfokuskan perhatian kepada ancaman susulan penutupan operasi itu.
Sejak akhir September lalu, Bursa New York ditutup rendah dengan pelabur mengharapkan penggubal dasar berbuat sesuatu untuk mengakhiri penutupan itu.
Penganalisis pada masa sama berpendapat satu resolusi dapat dicapai kongres sebelum tarikh 17 oktober ini.
Mengikut Alec Young, seorang pakar saham daripada S&P Capital, kalau penutupan berlanjutan ke dua minggu ke atas, impak akan menjadi lebih besar.
Sebelum ini presiden Barack Obama memberi amaran bahawa kegagalan meningkatkan paras hutang akan menggugat kegiatan ekonomi.
Malah lebih berbahaya berbanding penutupan agensi kerajaan.
September lalu, pasaran saham Amerika melonjak ke paras rekod tertinggi susulan kenyataan the Fed bahawa ia akan membeli bon bernilai 85 bilion dolar bagi mempertahankan ekonomi negara itu.
Sementara itu pelabur akan menantikan pengumuman seterusnya oleh bank pusat itu dalam usaha mengurangkan langkah-langkah rangsangan.
Dan pada masa sama memantau rapat laporan kewangan syarikat-syarikat utama yang akan dikeluarkan minggu ini.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#New York
#saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan