Pasca Brexit: Boris Johnson cuba tenangkan kebimbangan rakyat

Agensi
Jun 27, 2016 15:32 MYT
Menurut bekas Datuk Bandar London, Boris Johnson (gambar) ketakutan telahpun berakhir dan UK tidak perlukan bajet kecemasan. - Foto AFP/BEN STANSALL
Wang pencen rakyat selamat, nilai pound stabil dan begitu juga pasaran.
Itu penjelasan bekas Datuk Bandar London, Boris Johnson bagi menjawab kebimbangan mengenai kesan brexit terhadap rakyat Britain.
“Saya telah lihat banyak kekeliruan hujung minggu lalu mengenai status orang ramai yang tinggal di negara ini, kata Johnson.
“Sangat jelas bahawa hak rakyat negara Eropah lain yang menetap di sini dilindungi.
“Semua mahu melihat sebuah sistem yang adil, tidak berat sebelah dan berperikemanusiaan kepada orang ramai yang datang dari segenap dunia dan jelas penduduk dari UK yang tinggal di negara anggota EU akan juga dilindungi hak mereka secara menyeluruh," tambahnya.
Beliau turut berkata, ketakutan telahpun berakhir dan UK tidak memerlukan bajet kecemasan.
#Boris Johnson #Brexit #EU #London