[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
INTERNATIONAL

Pasca AS Memilih: Biden, Trump akan bertemu di Pejabat Oval pada Rabu

Bernama 13/11/2024 | 10:31 MYT
Trump (kanan) tidak mengalu-alukan kedatangan Biden ke Pejabat Oval pada 2020 selepas kalah dalam perebutan untuk penggal kedua. - Gambar fail
MOSCOW: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden akan menerima kunjungan Donald Trump, yang bakal menjadi penggantinya di Pejabat Oval, Rumah Putih pada Rabu, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Pertemuan itu dijadual berlangsung pada 11 pagi waktu tempatan (1600 GMT). Presiden yang bakal mengakhiri penggalnya itu dijangka akan membincangkan proses peralihan kuasa dengan penggantinya.
Ini akan menjadi pertemuan bersemuka yang pertama kali lebih lama antara mereka sejak debat pilihan raya presiden pada Jun. Prestasi buruk Biden semasa debat itu menimbulkan kebimbangan mengenai pencalonannya, yang akhirnya membawa kepada penggantian beliau dengan Naib Presiden Kamala Harris.
Trump tidak mengalu-alukan kedatangan Biden ke Pejabat Oval pada 2020 selepas kalah dalam perebutan untuk penggal kedua.
-- BERNAMA
#Presiden Amerika Syarikat #Joe Biden #Donald Trump #Oval Office